PELUMBA negara, Hafizh Syahrin (NTS RW Racing GP) menampilkan aksi terbaik dalam kelas Moto2 untuk saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 setakat ini apabila meraih kedudukan kesembilan di GP Itali, Mugello.
Ini peningkatan yang sangat baik jika dibandingkan keputusan pusingan terdahulu di GP Perancis apabila dia menamatkan singan di tempat ke-16.
Bermula di grid ke-20, Hafizh sedikit demi sedikit memintas lawan depan hingga berada di tempat ke-14 ketika perlumbaan berbaki 14 pusingan. Pelumba negara itu terus memecut pantas dengan memintas lawan daripada pasukan lamanya, Aron Canet (Aspar Team) di tempat ke-13 sebelum merebut posisi ke-12 pada dua pusingan kemudian.
Beberapa pelumba terjatuh memberi peluang kepada Hafizh untuk merebut kelompok 10 pelumba terpantas.
Hafizh yang mendahului kelompok pertengahan di pusingan terakhir berpeluang besar menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, tetapi terpaksa berpuas hati dengan tempat kesembilan apabila dipintas Cameron Beaubier (American Racing) sebelum melintasi garisan penamat.
Aksi GP Itali untuk kelas Moto2 itu dimenangi Remy Gardner (Red Bull KTM Ajo) dan diikuti rapat rakan pasukan, Raul Fernandez, kedua, manakala Marco Bezzecchi (VR46 Sky Racing Team) diberikan tempat ketiga selepas Joe Roberts (Italtrans Racing Team) diberikan penalti kerana melebihi had trek.
BACA >>> Enjin Motor Panas Gagalkan Hasrat Hafizh Dapat 6 Terbaik
BACA >>> UMW Grantt International Sambung Taja Hafizh
Leave a Reply