• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Elektrik Paling Popular BAIC EV200 Bakal 'Mengganas' Di Malaysia

Kereta Elektrik Paling Popular BAIC EV200 Bakal 'Mengganas' Di Malaysia

October 8, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Amber Dual_BAIC_MAI_Pandulajudotcomdotmy (6)KENDERAAN elektrik paling popular di China, BAIC EV200 sah diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada November depan.

Lebih menarik, model eletrik itu bakal menjadi 'watak utama' bagi acara pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI) yang berlangsung dari 10 hingga 13 November 2016 di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa MINES (MIECC).

BAIC EV200SAHUT CABARAN

Hasil kerjasama Beijing Auto International Cooperation (BAIC) dan pengedarnya di Malaysia, Amber Dual Sdn Bhd, BAIC EV200 adalah satu-satunya kenderaan elektrik yang mampu bergerak sejauh 200km bagi satu isian bateri penuh.

Biarpun melihat kehadiran kenderaan elektrik masih kurang popular di pasaran Malaysia, namun Amber Dual berani menyahut cabaran dengan membawa masuk model elektrik.

Di China, BAIC EV200 adalah antara kenderaan elektrik yang popular. Tim PanduLaju yang berkesempatan mengikuti trip Amber Dual ke Beijing baru-baru ini sempat melihat sendiri BAIC EV200 dan yakin ia mampu menawan hati rakyat Malaysia.

BAIC EV200MAMPU BERGERAK SEJAUH 200KM

Dengan bernadikan bateri Lithium-ion jenama SK berkuasa 30.4kWh, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 71hp dan tork puncak 180Nm.

Hasil bantuan motor elektrik bersama bateri yang diletakkan pada bahagian tempat duduk, BAIC EV200 mampu bergerak sehingga 200km bagi mod normal.

Pecutan dari sifar ke 50kmj mampu dibuat sepantas 5.3 saat manakala kelajuan maksimum boleh mencecah sehingga 125kmj.

BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200

Untuk mengecas, kabel yang terletak pada bahagian hadapan (dalam logo BAIC) perlu disambungkan dengan mana-mana outlet berkuasa 220V.

Bagi cas biasa, ia mengambil masa sehingga enam jam untuk penuh manakala caj pantas (80 peratus) boleh dibuat dalam masa setengah jam sahaja.

Untuk membezakan kenderaan elektrik dan biasa, ia boleh ditentukan menerusi gril hadapan. Sekiranya gril berwarna biru, maka ia adalah kenderaan elektrik.

BACA>>> BAIC D20 Masuk Malaysia November Depan – Harga Bermula RM45,000

BAIC EV200DESAIN UNIK

Dari aspek rekabentuk, BAIC EV200 hadir dengan rekaan ringkas dan menarik. Manakala ruang dalaman tampak mewah.

Ruangan papan pemuka pula ringkas tetapi padat. Pada bahagian tengah, ia hadir dengan audio skrin sesentuh bersaiz 8-inci dengan ketersambungan MP5, navigasi dan kamera undur. Audio pula boleh dikawal menerusi butang pada bahagian stering.

Biarpun hadir sebagai kenderaan elektrik, aspek keselamatan tidak dilupakan. BAIC EV200 hadir bersama dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), ISOFIX dan sensor pelanggaran.

BAIC EV200HARGA

Buat masa ini, pihak Amber Dual masih belum memutuskan harga jualan bagi model elektrik ini. Apa yang kami harapkan, ia akan dijual pada harga mampu milik.

Secara peribadi, kami berharap pihak kerajaan perlu membantu dengan memberi insentif kepada pengeluar kenderaan elektrik. Ini kerana di China, kerajaan memberi rebat sehingga 50 peratus bagi memastikan rakyatnya memilih kenderaan elektrik sebagai pengangkutan utama.

Lebih penting, pastikan fasiliti lengkap seperti stesen mengecaj disediakan di lebih banyak tempat lagi.

GALERI

Amber Dual_BAIC_MAI_Pandulajudotcomdotmy (6)
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
BAIC EV200
Amber Dual_BAIC_MAI_Pandulajudotcomdotmy (7)

Related

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amber Dual, BAIC EV200, Beijing Auto International Corporation, kereta elektrik, MAI, Malaysia Automotive Institut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev