• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pramac Racing Kekal Bersama Ducati Hingga 2024

Pramac Racing Kekal Bersama Ducati Hingga 2024

May 28, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PRAMAC Racing kekal sebagai pasukan satelit di bawah naungan pengilang Ducati untuk tiga musim lagi selepas menandatangani perjanjian baharu semalam.

Perjanjian ini menyaksikan Pramac akan terus dibekalkan dua jentera Desmosedici sehingga penghujung musim 2024. 

Kerjasama Pramac bersama Ducati sudahpun bermula sejak 2005 lagi dan penglibatan Pramac dalam projek MotoGP Ducati dilihat semakin besar dan penting. Ini dapat dilihat melalui pelumba pasukan pengilang Ducati Lenovo Team, Jack Miller dan Francesco Bagnaia yang sebelumnya berlumba untuk pasukan Pramac Racing. Pelumba terdahulu, Danilo Petrucci dan Andrea Iannone juga mempunyai jalan karier yang sama.

BACA >>> Miller: "Inilah Jentera Ducati Terbaik Pernah Dibina"

Dalam era baharu MotoGP, Pramac Racing menerima dua Desmosedici spesifikasi kilang untuk pelumba mereka. Hasilnya, Johann Zarco berjaya mendapat tiga posisi podium daripada lima perlumbaan. Pelumba rookie, Jorge Martin juga menampilkan aksi cemerlang dengan mendapat tempat ketiga di GP Doha sebelum mengalami kemalangan dan cedera di Portimao.

Ketika ini, Ducati juga membekalkan jentera Desmosedici GP19 untuk pasukan Avintia tetapi pasukan itu dijangka menjadi pasukan rasmi VR46 milik Valentino Rossi musim depan. Rossi dipercayai sedang berunding bersama Ducati untuk meneruskan kerjasama tersebut.

BACA >>> Miller Sambung Kontrak Semusim Lagi dengan Ducati
BACA >>> Ducati Siap Sedia 8 Jentera untuk Saingan MotoGP 2022

SUMBER: motorcyclenews.com

Related

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Avintia, Desmosedici, Ducati, Francesco Bagnaia, Jack Miller, Johann Zarco, jorge martin, MotoGP, Pramac Racing, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev