APAKAH fungsi sebenar Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), juga disebut Program Stabiliti Elektronik (ESP) atau Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)? Adakah ESC dibangunkan sebagai sokongan pemanduan berprestasi (sporting) atau ciri keselamatan bagi sesebuah kenderaan? Ataupun sekadar propaganda jualan untuk melariskan kenderaan?
ESC ialah sistem yang dibangunkan untuk mengekalkan sesebuah kenderaan dalam arah pemanduan dimahukan pemandu. Anda boleh juga menganggap ESC sebagai kawalan anti gelincir (anti-skid control) yang berfungsi membetulkan situasi belokan lebih (oversteer) dan belokan kurang (understeer).
BACA >>> Benarkah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) Tidak Berfungsi Jika Pandu Lebih 80kmj?
Secara terma, belokan kurang atau understeer berlaku apabila kereta tidak cukup dibelokkan hingga menyebabkan kereta terbabas daripada laluan asal. Belokan lebih atau oversteer pula terjadi apabila kereta membelok berlebihan hingga menyebabkan bahagian belakang kereta cuba mengambil alih hadapan kereta. Situasi itu turut menyebabkan kereta terbabas daripada laluan asal.
Di sini, ESC menggunakan sensor kelajuan roda untuk menentukan seberapa pantas setiap roda berputar, termasuk sensor seperti rol, oleng, posisi terotel, sudut roda stereng dan banyak lagi untuk mengenal pasti sama ada kereta anda bergerak seperti dimahukan. Sementara itu, komputer terbina dalam kereta bertindak mengaktifkan brek kepada satu atau lebih roda untuk membetulkan arah kenderaan.
Sebagai contoh, jika anda mengalami situasi understeer, ESC akan mengaktifkan brek pada roda dalaman dan meriliskan roda yang menggelincir supaya radius putaran kereta dapat dikekang. Jika oversteer, ESC akan membrek satu atau lebih roda yang menggelincir keluar (seperti gambar di atas).
Umumnya, jika roda stereng diputar, kereta sepatutnya memberi respon kepada haluan dituju. Secara mudahnya, lihat ke mana anda mahu pergi dan putarkan roda stereng ke arah haluan itu. Itulah respon yang sepatutnya diberikan kereta anda.
Dalam beberapa kes ekstrem, ESC juga mampu memotong terotel, sekaligus menyahkan kuasa pecutan. Ini termasuk menggunakan bantuan kawalan traksi (TRC) untuk melakukan tugasnya seperti menghalang belakang kereta menggelupur seperti biasa dialami kereta pacuan roda belakang (RWD).
PRESTASI ATAU KESELAMATAN?
Bagi menjawab persoalan di atas - adakah ESC dibikin untuk sokongan pemanduan atau keselamatan? Jawapannya ESC sememangnya dibikin untuk tujuan keselamatan berbanding sokongan pemanduan berprestasi. Ini bermakna, jika ESC diaktifkan, ia menunjukkan anda sedang melakukan beberapa situasi bahaya di bawah.
i. Anda memandu sangat teruk. Misalnya memijak brek dan memutar stereng, memecut di selekoh hingga stereng terkunci lalu terbabas.
ii. Berlaku perkara buruk ke atas kereta anda. Misalnya tekanan tayar terlalu kurang atau pancit, penjajaran stereng teruk, kegagalan suspensi utama seperti peredam pecah.
iii. Anda memandu terlalu laju atau kombinasi ketiga-tiga situasi ini.
ESC UNTUK PRESTASI?
ESC dalam kenderaan moden masa kini dikalibrasikan dengan baik dan tidak akan aktif melainkan situasi benar-benar memerlukan. Malah, walaupun keempat-empat tayar kereta anda berciut dan menggelincir, ESC tidak semestinya diaktifkan selagi pemanduan anda dalam trajektor atau radius kawalan.
Sesetengah kereta premium menawarkan varian dengan ciri ESC yang diaktifkan sebelum kereta mula menggelincir luar kawalan dan direka untuk membantu kereta mengambil selekoh. Ciri ini mungkin sepatutnya disebut sebagai kawalan brek selekoh (CBC), di mana fungsinya lebih kepada memperkemaskan keupayaan kereta membelok di selekoh. Mungkin inilah jenis ESC yang boleh dianggap sebagai ciri sokongan pemanduan berprestasi.
Bezanya, ciri tersebut diaktifkan secara halus hingga kadangkala anda langsung tidak menyedarinya. Ia berbeza dengan fungsi ESC sebenar yang mudah dikesan menerusi kelipan indikator amaran (seperti gambar di atas). Sesetengah ESC disertakan bunyi amaran. Malah, anda sendiri dapat merasai kuasa brek yang dikenakan pada tayar tertentu apabila ESC diaktifkan.
Jadi, semestinya ESC dibangunkan untuk tujuan keselamatan dan bukan sokongan pemanduan berprestasi. Anda juga tiada keperluan untuk mematikan fungsi ESC ketika memandu atas jalan raya awam. Kenapa perlu matikan? Walaupun ESC bukanlah penyelamat mutlak daripada kemalangan, tetapi tindakan anda mematikan ciri itu langsung tidak membantu apa-apa.
khairul says
artikel menarik serta menambah ilmu ttg ciri2 keselamatan sesebuah kenderaan harap blh bg info juga tentang:
VSC(Vehicle Stability Control)
adakah VSC ini sekadar tambahan kepada aspek keselamatan sesebuah kenderaan?
Adakah kenderaan yg tidak mempunyai sistem VSC ini tidak selamat? saya musykil tentang ni. ada pengeluar kenderaan jenama "T" telah melancar model "V" terbarunya dgn tambahan ciri2 keselamatan seperti sistem VSC ni.manakala model lamanya tiada sistem VSC. jadi ianya telah meragukan saya tentang tahap keselamatan kereta tersebut.
Saga3 says
Electronic stability control (ESC), juga disebut sebagai electronic stability program (ESP) atau dynamic stability control (DSC) atau nama lainnya Vehicle Stability Control (VSC).
Fungsinya adalah sama sebutannya berbeza mengikut pengeluar kereta. Walaupun begitu, setiap kilang automotif mempunyai nama masing-masing untuk kawalan kestabilan ini:
Acura: Vehicle Stability Assist (VSA)
Alfa Romeo: Vehicle Dynamic Control (VDC)
Audi: Electronic Stability Program (ESP)
Bentley: Electronic Stability Program (ESP)
BMW: Dynamic Stability Control (DSC) (termasuk Dynamic Traction Control)
Bugatti: Electronic Stability Program (ESP)
Buick: StabiliTrak
Cadillac: StabiliTrak & Active Front Steering (AFS)
Chery: Electronic Stability Program
Chevrolet: StabiliTrak; Active Handling (hanya Corvette)
Chrysler: Electronic Stability Program(ESP)
Citroën: Electronic Stability Program (ESP)
Dodge: Electronic Stability Program (ESP)
Daimler: Electronic Stability Program (ESP)
Fiat: Electronic Stability Program (ESP) dan Vehicle Dynamic Control (VDC)
Ferrari: Controllo Stabilità (CST)
Ford: AdvanceTrac with Roll Stability Control (RSC) dan Interactive Vehicle Dynamics (IVD) dan Electronic Stability Program (ESP); Dynamic Stability Control (DSC) (Australia)
General Motors: StabiliTrak
Honda: Vehicle Stability Assist (VSA)
Holden: Electronic Stability Program (ESP)
Hyundai: Electronic Stability Program (ESP), Electronic Stability Control (ESC), dan Vehicle Stability Assist (VSA)
Infiniti: Vehicle Dynamic Control (VDC)
Jaguar: Dynamic Stability Control (DSC)
Jeep: Electronic Stability Program (ESP)
Kia: Electronic Stability Control (ESC)' dan 'Electronic Stability Program (ESP)'
Lamborghini: Electronic Stability Program (ESP)
Land Rover: Dynamic Stability Control (DSC)
Lexus: Vehicle Dynamics Integrated Management (VDIM) dengan Vehicle Stability Control (VSC)
Lincoln: AdvanceTrac
Maserati: Maserati Stability Program (MSP)
Mazda: Dynamic Stability Control (DSC) (termasuk Dynamic Traction Control)
Mercedes-Benz (co-inventor): Electronic Stability Program (ESP)
Mercury: AdvanceTrac
MINI: Dynamic Stability Control
Mitsubishi: Active Skid and Traction Control MULTIMODE dan Active Stability Control (ASC)
Nissan: Vehicle Dynamic Control (VDC)
Oldsmobile: Precision Control System (PCS)
Opel: Electronic Stability Program (ESP)
Peugeot: Electronic Stability Program (ESP)
Pontiac: StabiliTrak
Porsche: Porsche Stability Management (PSM)
Proton: Electronic Stability Program
Renault: Electronic Stability Program (ESP)
Rover Group: Dynamic Stability Control (DSC)
Saab: Electronic Stability Program (ESP)
Saturn: StabiliTrak
Scania: Electronic Stability Program (ESP)[5]
SEAT: Electronic Stability Program (ESP)
Škoda: Electronic Stability Program (ESP)
Smart: Electronic Stability Program (ESP)
Subaru: Vehicle Dynamics Control (VDC)
Suzuki: Electronic Stability Program (ESP)
Toyota: Either Vehicle Stability Control (VSC) -atau- Vehicle Dynamics Integrated Management (VDIM)
Vauxhall: Electronic Stability Program (ESP)
Volvo: Dynamic Stability and Traction Control (DSTC)
Shas says
Boleh esc dipasang pada kereta yang tiada sistem ini?
ZF TRW Staff says
Tidak..esc ada keperluan untuk pemasangan sensor iaitu steering sensor dan yaw sensor. Semasa skiddding, steering sensor akan baca abrupt steering manuever dan yaw sensor akan membaca perubahan titik graviti kereta. Berdasarkan maklumat sensor, arahan diberikan kepada sistem ABS untuk distribute braking pada roda dalam. Lawati web http://www.trw.com untuk maklumat lanjut
Izat says
Sy tdk fhm yg bertulis off..adakan utk mengaktifkan perlu tekan off atau tekan off bermakna tdk aktif..
ABG GYL says
tekan lama untuk aktifkan semula