PENGELUAR automotif dari China memang terkenal dengan produk yang mirip jenama terkenal lain. Kali ini, model BMW S 1000 RR pula menjadi mangsa apabila muncul model pelanduk dua serupa bernama Gymotor 250.
Bagaimanapun, tiada maklumat harga didedahkan mengenai model klon ini.
Sebelum ini, rekabentuk S1000RR itu sudah pernah diciplak pengeluar dari negara sama, dinamakan Moto S450RR (foto atas), yang dijual pada harga kira-kira RM8,000 sahaja
Mengenai Gymotor 250 ini pula, model klon ini menampilkan rekabentuk luaran dan skema warna sama seperti superbike perdana BMW itu, siap dengan lencana RR dan M yang sinonim dengan jenama Jerman tersebut.
Mari kita lihat apa yang menarik tentang Gymotor 250 ini:
BACA >>> Klon BMW S1000RR Buatan China Ini Cuma Berharga RM8k!
BACA >>> 10 Motosikal China 'Copy Ori' yang Serupa Tapi Tak Sama
- Trenkuasa digunakan ialah enjin 4-lejang silinder tunggal 250cc penyejukan cecair berkuasa 16.8hp @ 7,000rpm dan tork 16.5Nm @ 5,500rpm serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Sistem lampu menggunakan LED penuh. Lampu utama disorokkan bawah panel fairing depan, manakala lampu siang (DRL) diposisikan di depan. Ini berbeza daripada S1000RR yang meletakkan lampu utama dan DRL di posisi sama.
- Sistem suspensi menggunakan unit fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala brek jenis cakera kembar di depan dan cakera tunggal di belakang. Bagaimanapun, tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dilengkapkan.
BACA >>> Yamaha Exciter 155 (2021) Masih Tiada ABS? Perlukah Kapcai Ada ABS?
- Kapasiti tangki minyak 17 liter, tinggi pelana 770mm, dan berat motosikal 132kg. Panel meter jenis TFT digital berwarna.
- Bahagian roda dipasangkan rim 17 inci yang dibalut tayar 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang).
BACA >>> Kapcai China Gaya Winner X, Y15ZR Ini Akan Masuk Malaysia!
BACA >>> Motrac Unicorn 800 - Klon MV Agusta Superveloce 800 dari China
SUMBER: zingnews.vn
Leave a Reply