• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BAIC D20 Masuk Malaysia November Depan - Harga Bermula RM45,000

BAIC D20 Masuk Malaysia November Depan - Harga Bermula RM45,000

October 7, 2016 By Abang GYL 1 Comment

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BAIC D20SETELAH sekian lama menanti, model kompak BAIC D20 bakal 'mengganas' di pasaran Malaysia pada November depan.

Menerusi pengedar eksklusif jenama BAIC di Malaysia, Amber Dual Sdn Bhd optimis kehadiran BAIC D20 bakal mendapat sambutan menggalakkan di kalangan rakyat Malaysia selain harga jualan mampu milik. Yang pasti, kemasukan BAIC D20 ke pasaran Malaysia bakal memeriahkan lagi segmen kompak selain memberi saingan hebat buat Proton Iriz dan Perodua Myvi.

BAIC D20DUA VARIAN

BAIC D20 akan ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5L hatchback Auto dan 1.5L hatchback Sports Version.

Model kompak yang dibina berasaskan platform daripada Mitsubishi Colt itu dipadankan dengan enjin bersesaran 1.5L DOHC 4-silinder. Hasil bantuan kotak gear transmisi automatik 4-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 114hp dan tork puncak 148Nm.

Dari aspek penggunaan bahan api pula, BAIC D20 mencatatkan penggunaan 6L per 100km. Lebih menarik, D20 juga menepati piawaian spesifikasi Euro4 dan Euro5 selain menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

BAIC D20REKAAN MENARIK

BAIC D20 hadir dengan rekaan menarik dan sporty. Dari pandangan depan, ia dipadankan dengan gril yang bersambung dengan logo BAIC.

Lampu utama dengan nyalaan siang bersama lampu kabus membuatkan ia tampak sporty selain kehadiran lampu belakang LED. Bukan itu saja, ia turut dipadankan dengan cermin sisi elektrik boleh laras.

BACA: Pandu Uji BAIC AD 009 – Sedia Cabar Segmen Van Di Malaysia

BAIC D20TIADA LAGI KUALITI MURAH

Bagi yang masih was-was dengan kualiti kenderaan buatan China, anda kini tidak lagi perlu risau kerana BAIC D20 dilengkapi pelbagai ciri-ciri berkualiti.

Untuk memastikan kualiti D20 setanding dengan jenama besar yang lain, ia dipasangkan dengan menggunakan teknologi terkini bertaraf antarabangsa yang terletak di Beijing, China.

BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20

Ruang dalaman pula tampak ringkas dan padat. Ruangan audio dengan skrin sesentuh bersaiz 6.5 inci yang terletak pada bahagian tengah papan pemuka turut dilengkapi aplikasi GPS.

Ia juga menempatkan kompartmen simpanan yang luas. Lebih menarik, D20 dipasangkan dengan bumbung panoramik.

BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20

KESELAMATAN PREMIUM

Aspek keselamatan pula, D20 menerima pengiktirafan 5-bintang daripada C-NCAP. Ia memiliki beg udara hadapan dan sisi, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) serta ISOFIX. Jangan pandang leceh kereta buatan China okey...

BAIC D20HARGA BERMULA RM45,000

Kami dimaklumkan BAIC D20 bakal dijual pada harga serendah RM45,000 hingga RM55,000. Jika benar, kami yakin BAIC D20 mampu memberi saingan hebat buat pesaing yang lain dengan syarat perkhidmatan selepas jualan perlu berada pada tahap terbaik.

GALERI

BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20

Related

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amber Dual Sdn Bhd, BAIC, BAIC D20, Beijing Auto International Corporation, d20, Perodua Myvi, Proton Iriz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev