WALAUPUN Volkswagen Group bersedia menjual beberapa jenama di bawah naungannya, konglomerat automotif dari Jerman itu masih belum bersedia melepaskan Lamborghini.
Kumpulan itu dilaporkan menolak tawaran bernilai AS$9.2 billion (RM38.1 bilion) daripada syarikat berpangkalan di Zurich, Switzerland, Quantum Group SA bulan ini.
BACA >>> Lamborghini Keluarkan Model Hibrid, Elektrik Penuh 2024
Harga ditawarkan itu membabitkan pemilikan jenama, harta intelek, kilang bersejarah di Sant’Agata Bolognese dan bahagian perlumbaan Lamborghini. Perincian penuh mengenai tawaran itu diteliti pegawai eksekutif tertinggi Volkswagen Group termasuk Ketua Pengarah Urusan, Herbert Diess dan Pengerusi Audi, Markus Duemann.
Walaupun tawaran Quantum Group menarik untuk dipertimbanglkan, Volkswagen Group memutuskan untuk tidak menjual subsidiari mewah itu.
Pembelian Lamborghini bukanlah bermaksud mahu memutuskan pertalian dengan Volkswagen sama sekali. Sebaliknya Quantum Group merancang menjadikan jenama supercar dari Itali itu sebagai peneraju inovasi teknologi trenkuasa hijau, iaitu strategi yang sudahpun dimulakan Lamborghini.
Pada masa sama, pelabur juga berharap menandatangani perjanjian bekalan lima tahun bersama Audi dan membangunkan Pusat Inovasi Automotif Maju di Saxony, Jerman.
Khabar angin mengenai penjualan Lamborghini sudah mula bertiup pada penghujung 2020, tetapi Volkswagen menegaskan penjualan syarikat itu tiada dalam perancangan.
BACA >>> Volkswagen Mahu Kenakan Caj untuk Aktifkan Pemanduan Autonomi
BACA >>> Audi Mahu Caj RM352 Sebulan untuk Aktifkan Fungsi Navigasi
SUMBER: Autoblog.com
Leave a Reply