BOCOR di media sosial notis pemecatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuat kuasa serta-merta.
Notis pemecatan bertarikh 26 Mei itu, yang sepatutnya sulit dan persendirian, didapati ditandatangani Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, dibuat tidak sampai 48 jam selepas Tajuddin mempengerusikan sidang media semalam.
Pemecatan itu diyakini berpunca daripada sidang media kontroversi yang dihadiri Tajuddin semalam berhubung insiden nahas dua tren LRT Laluan Kelana Jaya bertembung di laluan bawah tanah dekat Stesen KLCC yang menyebabkan 213 penumpang cedera.
Beliau dirakamkan mengeluarkan kenyataan angkuh, sinis dan tiada empati terhadap mangsa nahas hingga mencetuskan kemarahan orang awam.
BACA >>> Nahas Tren LRT: Angkuhnya Sidang Media Tajuddin, Netizen Desak Letak Jawatan
BACA >>> Mangsa Nahas LRT Dapat Bantuan Kewangan RM1k, Netizen Bantah
BACA >>> Nahas Tren LRT: 47 Parah, 166 Cedera Ringan
Leave a Reply