RAMAI mungkin sudah tahu tentang tuntutan baik pulih yang ditawarkan penyedia insurans kenderaan jika kereta kita terbabit kemalangan.
Tetapi tahukah anda, penyedia insurans turut menyediakan servis tunda jika kereta kita terbabit kemalangan atau rosak di tengah jalan? Jadi tiada sebab pun untuk panik atau stres kerana diserbu geng trak tunda apabila kereta kemalangan.
Kita berhak bercakap tidak! Cakap saja sudah telefon trak tunda insurans.
Kegagalan bercakap 'tidak' mungkin menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan kos caj tunda (yang sepatutnya percuma), dan berdepan pula risiko kereta dihantar ke bengkel 'cekik darah'!
KERETA ROSAK DI RUMAH
Servis tunda juga boleh digunakan untuk menunda kereta yang rosak di rumah atau pejabat, tidak semestinya rosak saja.
Misalnya, jika kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, telefon saja pihak insurans dan minta mereka hantar trak tunda untuk bawa kereta kita ke mana-mana bengkel dalam radius penghantaran percuma, kebiasaannya dalam jarak 60km (bergantung penyedia insurans, ada yang tanpa had perbatuan).
Servis tunda kenderaan percuma itu boleh digunakan sekurang-kurangnya 2-3 kali setahun. Ya, diulangi, kita tidak perlu bayar sesen pun, kecuali duit tol. Itu pun jika perlu melalui lebuh raya bertol.
Jadi, tidak perlulah panik dan gelabah! Nombor telefon penyedia insurans boleh saja di-Google atau lihat pada pelekat lapik cukai jalan pada cermin depan. Selepas memaklumkan butiran peribadi dan maklumat kereta, penyedia insuras biasanya akan menghantar trak tunda terdekat untuk datang menunda kereta kita.
BACA >>> #TahukahAnda: Tip Mudah Tanggalkan Pelekat Cukai Jalan
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?
HANTAR KE MANA?
Jika kemalangan, anda boleh minta kereta ditunda ke balai polis terlebih dahulu untuk melaporkan kes sebelum dihantar pula ke mana-mana bengkel yang menjadi panel penyedia insurans, atau ke Pusat Servis sah. Ini untuk memudahkan tuntutan kerosakan atau waranti.
Jika tidak melibatkan tuntutan insurans kemalangan, boleh juga hantar kereta ke mana-mana bengkel pilihan.
Apa nak buat kalau kereta kita rosak ketika sengkek tengah bulan? Pun tidak perlu risau, boleh minta tunda dulu kereta ke rumah. Apabila sudah cukup bajet, telefonlah semula penyedia insurans dan minta kereta ditunda sekali lagi ke bengkel.
Ini bukan masalah sains roket, tak rumit dan susah sangat pun. Setakat ini majoriti penyedia insurans menyediakan khidmat kereta, termasuk jika membeli pakej pihak ketiga (third party). 😚
BACA >>> #TahukahAnda: Coca-Cola dan Kereta Bersahabat Baik?
kabu says
sallamzz Tuan .. setahu ambe hanye insurance komprehensive saje yg menyediakan free towing..
wallahuallam
ABG GYL says
kebanyakkan insurans menawarkan percuma towing. namun jumlah KM berbeza ikut pada syarikat insurans. Bagaimana, tuan boleh add-on insurans untuk towing unlimited mileage.
vivaputih says
salam. kalau guna khidmat towing insurans, adakah NCD akan jadi 0 blk?
ABG GYL says
Tidak. NCD masih kekal sama
افيرا says
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Tuan, Adakah ada had limit kilometer yg ditetapkan? Untuk makluman, saya baru menggunakan perkhidmatn towing 67kilometer. Adakah NCD akan jd 0 untuk jarak ini? Terima kasih
ABG GYL says
Untuk makluman tuan, towing kereta tidak mengganggu NCD
qiqi says
kalau kereta rosak yang kritikal, then xda bajet. insurance boleh cover?
Azlan says
Kereta saya rosak dan parking depan McDonald Genting Sempah. Telefon sykt insurans, dan seorang wanita menjawab, kenderaan towing akan call dlm 5 minit. Selepas 45 minit menunggu, tak ada sesiapa call.
Lepas tu called semula sykt insurans, kali ini lelaki yg jawab. Katanya, trak tunda drpd Batang Kali dan kena bayar RM400 utk tow ke Batang Kali. Katanya jarak melebihi 50km bermula drpd Batang Kali ke Genting Sempah dan balik ke Batang Kali.
Daripada bayar RM400, saya panggil tow truck lain dr Bentong dan bayar RM200 tow kereta ke Bentong.
Sykt insurans berkenaan ialah AmGeneral Insurance.
Jarak dr Batang Kali ke Genting Sempah pergi balik 100 km. 100 km tolak percuma 50km, baki 50km. Kalau caj RM3 satu km, baru RM150. Melampau menipu sykt insurans ini caj RM400.
Man/punai says
24 hours Towing & Carrier Service
Call & WhatsApp 0122607139
Mushkil says
Mohon pencerahan. Kereta yang rosak di plus highway, macammana kiraan tol untuk kereta tu? Sebab dia cuma touch n go waktu masuk tapi tak touch masa keluar sebab duduk atas towtruck kan? Boleh tolong jelaskan?
Saya says
Masa keluar toll, driver truck tunda plus tu akan swipe guna t&g kereta yg dia tunda tu
Haru says
Mohon pencerahan...baru2 ni kereta saya eksiden..saya ada gunakan khidmat towing dr workshop panel insurans...lepas dh buat all the investigation...kereta tu disahkan total lost..n sekarang pihak workshop panel mntak sy bayar charge towing rm600...apa yg buat sy kurang faham..bukan ke charge towing tu free..tmpt kejadian n panel workshop cuma < 15km...ke storage fee kena byr jgak even kereta dh considered total lost...
ABG GYL says
Kebiasaanya towing claim under insurans
Shah swak says
Sy baru kerosakkan kereta di Niah, Sarawak.. On da way to Miri.. Jadi sy telefon syarikat insuran 'Etiqa' utk towing.. Information dari pihak etiqa menyatakan towing akan dikira dari tempat kereta breakdown smpi ke destinasi workshop.. 'Yg baiknye coverage adalah sejauh 200km' .. Alhamdulillah.. Kereta sy ditarik dari niah ke miri sejauh 130km tanpa sebarang pembayaran.. Thanks Etiqa atas perlindungan anda.. Harap semua baca n amik kredit ye.. Kire Etiqa ni best jugak lah
Rosniyah Yati Rafei says
Bagaimana cara dan ape perlu saya buat jika tayar kereta 04 biji dicuri dan bateri sekali
noor says
kalu insuran third party boleh guna perkhidmatan towing ke
Faiz says
Assalamualaikum,boleh saya tahu jenis² syarikat insuran yang menyediakan towing free untuk third party? TQ
Pklong says
MCM mn cara nk clim insuran towing
Azhan O says
Towing tak payah claim, call saja insurans tanya