RENAULT bersama rakan niaga Nissan dan Hyundai berdepan kemungkinan menutup sementara operasi kilang di India berikutan kebimbangan mengenai peningkatan kes penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerjanya.
Pekerja kilang Renault-Nissan di selatan Tamil Nadu dilaporkan melancarkan mogok akibat kegagalan pihak majikan memenuhi permintaan mereka untuk meningkatkan keselamatan daripada jangkitan wabak berkenaan. Perkara itu disuarakan melalui surat yang dihantar kesatuan pekerja, Isnin lalu.
BACA >>> Krisis Covid-19: Pengeluar Motosikal India Lanjut Tempoh Waranti, Servis Percuma
Hyundai berkata, operasi kilang akan digantung lima hari bermula Selasa lalu selepas beberapa pekerja melakukan protes secara duduk pada Isnin lalu. Presiden Kesatuan Pekerja Hyundai Motor India, E Muthukumar memberitahu Reuters, pihak pengurusan bersetuju menutup kilang selepas pekerja meluahkan kegusaran disebabkan kes dua pekerja dijangkiti Covid-19.
Krisis tersebut menggambarkan cabaran syarikat di India dalam menghadapi gelombang besar jangkitan Covid-19 negara itu. Malah, sistem kesihatan kini sudah melebihi kapasiti dimiliki, dan diburukkan lagi dengan kekurangan bekalan vaksin yang menjadikan pekerja takut bekerja.
Tamil Nadu adalah antara negeri paling terkesan di India dengan mencatatkan lebih 30,000 kes sehari dalam minggu lalu. Negeri hab automotif itu, yang terkenal sebagai julukan Detroit India, mengumumkan perintaha berkurung penuh hingga 31 Mei ini, tetapi pada masa sama masih membenarkan beberapa kilang terus beroperasi.
BACA >>> Krisis Oksigen: Suzuki India Henti Operasi Kilang Untuk Bantu Pesakit Covid-19
BACA >>> Ambulans Tak Cukup, Keluarga Ini Terpaksa Bawa Mayat Ibu Naik Motor
SUMBER: Autoblog.com
Leave a Reply