SEBUAH pesawat milik firma pertahanan Israel dikesan berlegar selama empat jam di Singapura, termasuk melintasi ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Paya Lebar, Singapura.
Pesawat jenis Boeing 737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-AOO itu adalah milik Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta), iaitu firma pertahanan Tel Aviv yang pakar dalam hal ehwal perisikan dan sistem elektronik untuk tujuan keselamatan.
Tindakan pesawat itu mengundang pelbagai persoalan kerana rakyat Malaysia kebelakangan ini cukup lantang mengutuk kekejaman rejim Zionis yang melancarkan serangan ke atas penduduk Gaza di Palestin.
Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, pada dasarnya ia cuma penerbangan biasa, tetapi kemampuan pesawat yang dilengkapi alat perisikan elektronik itu mencetuskan tanda-tanya mengenai tujuan sebenar kehadirannya.
What's more peculiar about this aircraft is that I just keyed in the registration 4X-AOO and on May 19th, it entered Malaysian airspace and flew over the Klang Valley. pic.twitter.com/Sfi7RhCh3V
— Harcharan (@singh9678) May 25, 2021
Lebih mengejutkan, pengguna Twitter, @singh9678 sempat membuat siasatan dengan mendakwa pesawat itu pernah melintasi ruang udara Lembah Klang pada 19 Mei lalu.
Beberapa minggu lalu, Putrajaya mengumumkan sedang bersiap siaga terhadap kemungkinan serangan dilakukan ejen Israel terhadap kumpulan Hamas yang dikatakan berlindung di Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin berkata, pihak polis dan agensi keselamatan lain sudah meningkatkan kawalan keselamatan dalam semua aspek bagi mempertahankan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin negara ini.
BACA >>> Pemandu Volkswagen Mabuk Rempuh Pesawat Tempur Sampai Terbakar
BACA >>> Tesla Model X Kini Lebih Pelik dan Lebih Kuasa, Guna Stereng Ala Pesawat, Kuasa 1,020hp!
SUMBER: Sinar Harian | Malaysia Now
Leave a Reply