• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terlajak Drift, Toyota GR Yaris Ini Terbabas dan Tunggang Terbalik Sampai Remuk Teruk

Terlajak Drift, Toyota GR Yaris Ini Terbabas dan Tunggang Terbalik Sampai Remuk Teruk

May 25, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANDU di trek adalah antara aktiviti menyeronokkan, tetapi sedikit kesilapan saja boleh membuatkan pengalaman manis bertukar pahit. 

Itulah yang menimpa pemandu GR Yaris malang ini. Rakaman video di atas berlaku di Estonia apabila pemandu kereta tersebut cuba melakukan aksi  drift pada kelajuan tinggi sebelum dia hilang kawalan dan terbabas ke kawasan berpasir di luar trek.

BACA >>> Toyota GR Yaris Tenang 'Cucuk' BMW M2 Competition di Nürburgring
BACA >>> Toyota AE86 Ini Akan Guna Enjin GR Yaris!

GR Yaris putih itu dilihat meluncur laju memasuki selekoh, tetapi gagal dikawal apabila keluar dari selekoh tersebut sebelum terbabas ke pasir dan tunggang terbalik kira-kira empat kali sebelum berhenti. Tidak diketahui apa nasib menimpa pemandu tersebut, tetapi berdasarkan foto didedahkan, dipercayai si tuan kereta masih selamat.

Muncul juga video (tonton atas) dimuat naik akaun YouTube sama yang menunjukkan koleksi gambar kereta GR Yaris tersebut selepas kemalangan.

Walaupun bahagian luaran remuk teruk, terutama sebelah kanan, tetapi ruang kabin masih dalam keadaan baik yang jelas menunjukkan kereta ini mempunyai tahap keselamatan terbaik.

Apapun, sedih juga melihat keadaan kereta tersebut kerana semua tahu GR Yaris ialah model edisi terhad yang sudah habis dijual di semua pasaran dunia. Semoga insiden tersebut menjadi peringatan buat kita semua. Kata orang, ‘jangan seronok sangat’.

Jadi, bersederhana sajalah ye…

BACA >>> Tak Sampai Sebulan, Toyota GR Yaris RM286k Habis Jual!!!
BACA >>> Toyota GR Yaris Lancar di Malaysia, Dijual 200 Unit Sahaja, Harga RM299k!

SUMBER: RoadandTrack.com

Related

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: estonia, hot-hatch, Roda4, Toyota, Toyota GR Yaris, trek, videotomotif, YouTube

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev