• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Siapa Sangka Bajaj Pulsar 220 Boleh Jadi Suzuki Hayabusa GSX1300R!

#BikinMotor: Siapa Sangka Bajaj Pulsar 220 Boleh Jadi Suzuki Hayabusa GSX1300R!

May 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

959
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APA yang anda lihat ini bukan Suzuki Hayabusa GSX 1300 R sebenar tetapi satu lagi produk replika yang dicipta menggunakan motosikal street popular Bajaj Pulsar 220.

Kisah Bajaj jelmaan Suzuki ini dikongsi saluran YouTube, Vampvideo dan pujian harus diberi berhubung kerja-kerja binaan yang cukup kemas hingga berjaya memperdayakan ramai peminat di India.

Motosikal ini masih menggunakan trenkuasa asal jenis silinder tunggal DTS-i 220cc yang menghasilkan kuasa 20hp dan tork 19Nm. Sistem transmisi dipercayai masih klac manual 5-kelajuan.

BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Berani Tukar Pulsar RS200 Jadi Ninja H2R
BACA >>> #BikinMotor: Dulu Bajaj Pulsar NS200, Sekarang Kawasaki Z1000

Sistem ekzos tunggal Bajaj Pulsar digantikan kepada jenis berkembar manakala saiz tayar belakang ditukar kepada ukuran lebar 190 untuk traksi lebih baik selain gaya ala Hayabusa.

Sistem henti turut ditukar kepada cakera berkembar untuk roda depan dan cakera tunggal pada roda belakang. Model asal Pulsar 220 cuma didatangkan dengan cakera tunggal pada kedua-dua roda.

Model replika ini dibina tuner di Delhi iaitu Bittoo Bike Modification dan kos modifikasi dibayar pemilik ‘Hayabusa 220’ ialah 170,000 rupi (RM9,674). Malah cat kustom sahaja ialah 40,000 rupi (RM2,276). Harga cat itu tidak termasuk dalam kos modifikasi.

BACA >>> Modenas Pulsar RS200 (2021) Kini Warna, Grafik Baharu dengan Rim Putih, Harga RM9.9k

Bagi menyamai imej seperti Suzuki Hayabusa sebenar, liveri badan ditambah membabitkan dekal GSX 1300 R pada motosikal 220cc itu.

Sistem fork digunakan masih jenis teleskopik. Bagaimanapun, perkara itu mungkin dikaburi mata pemerhati disebabkan penggunaan fairing, tangki minyak dan ekor belakang mirip model sebenar. Lampu belakang juga mirip Suzuki Hayabusa sebenar dan mengaplikasi diod LED.

BACA >>> #Spyshot: Semi-Naked Bajaj Pulsar 250F Diuji di India, Modenas Bawa Masuk Malaysia?
BACA >>> 10 Motosikal China 'Copy Ori' yang Serupa Tapi Tak Sama
BACA >>> Honda C70 Jadi Motor Panas Indonesia

Jom tonton video di bawah:

suzuki hayabusa bajaj 220 - 9
suzuki hayabusa bajaj 220 - 8
suzuki hayabusa bajaj 220 - 5
suzuki hayabusa bajaj 220 - 1
suzuki hayabusa bajaj 220 - 2
suzuki hayabusa bajaj 220 - 4
suzuki hayabusa bajaj 220 - 7
suzuki hayabusa bajaj 220 - 10

SUMBER: RideApart

Related

959
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: bikin motor, Bittoo Bike Modification, roda2, Suzuki, Suzuki Hayabusa GSX1300R, Vampvideo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev