• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Siap Sedia 8 Jentera untuk Saingan MotoGP 2022

Ducati Siap Sedia 8 Jentera untuk Saingan MotoGP 2022

May 25, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

354
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI antara pengeluar yang membekalkan jentera terbanyak dalam Kejuaraan Dunia MotoGP dengan enam unit. Terbaharu, pengeluar motosikal dari Itali itu bersedia menambahkan jumlah tersebut kepada lapan unit untuk musim depan.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pasukan MotoGP Ducati, Paolo Ciabatti. Menurutnya, membekalkan lapan jentera tidak menjadi masalah besar kerana itu bukan kali pertama Ducati melakukannya. 

BACA >>> Miller: "Inilah Jentera Ducati Terbaik Pernah Dibina"

Paolo Ciabatti

Setakat ini, Ducati membekalkan enam jentera membabitkan pasukan pengilang, Ducati Lenovo Team dan dua pasukan satelit, Pramac Racing dan Avintia Racing.

Bagi musim 2021, ini kali pertama Ducati membekalkan jentera kepada pasukan Avintia Racing secara rasmi. Sebelum ini, pasukan itu hanya membeli jentera Ducati dan bersaing sendiri.

Ada juga khabar angin mengatakan pasukanVR46 bakal mengambil tempat Avintia Racing untuk saingan musim depan. Ada juga kemungkinan pasukan itu menambah jumlah jentera Ducati kepada lapan unit. Namun pada masa sama, pemilik VR46, Valentino Rossi juga dilaporkan sedang berbincang bersama Yamaha sebagai pembekal jentera kepada pasukan itu. 

Team Gresini juga berkemungkinan menyertai Ducati kerana tidak lagi menggunakan jentera Aprilia musim depan, tetapi pasukan itu turut berminat meneruskan kerjasama dengan Aprilia sebagai pasukan satelit. 

BACA >>> Zarco Henjut Ducati Sampai 352kmj di Qatar!
BACA >>> Luca Marini: Miller Buat Ducati 'Layan Corner' Macam Yamaha

SUMBER: VisorDown.com

Related

354
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Avintia Racing, Ducati, Ducati Lenovo Team, paolo ciabatti, Pramac Racing, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev