• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lakaran Paten Model Kawasaki Ninja ZX-4R Bocor!

Lakaran Paten Model Kawasaki Ninja ZX-4R Bocor!

May 24, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

930
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KHABAR angin mengenai kehadiran Ninja ZX-4R bertiup lebih kencang apabila bocor imej lakaran paten yang didaftarkan Kawasaki Motor Co di Jepun.

Laman web permotoran Jepun, Young Machine menyatakan Kawasaki merancang membina satu lagi versi Ninja ZX-25R dengan enjin lebih besar.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-4R, Sportbike 4-Silinder 400cc dalam Pembikinan?

Ciri utama yang membuatkan lakaran paten itu menyerupai Ninja ZX-25R ialah komponen radiator. Ventilator udara juga kelihatan celahan yang berfungsi menyuap udara ke enjin, sama seperti Ninja ZX-25R. Imej bocor itu turut menunjukkan komponen sistem penyejukan udara yang lebih besar daripada model 250cc.

Dokumen turut mendedahkan model itu digunakan pada motosikal 4-silinder 400cc, sekali gus menguatkan lagi khabar angin mengenai kehadiran ZX-4R.

Kawasaki kini belum mengumumkan sebarang maklumat mengenai sportbike Ninja ZX-4R. Jika benar wujud, ia bakal menjadi pesaing kepada model lain dalam kelas sama seperti Yamaha YZF-R3, KTM RC390 dan Honda CBR500R. 

Di Vietnam, Kawasaki mengedarkan empat model dalam siri Ninja iaitu ZX-25R, ZX-10R, Ninja 400 dan Ninja 650. Harga semua model itu berada dalam julat 159-571.1 juta dong (RM28,560-RM102,340).

BACA >>> Kawasaki Pun Sedang Siapkan Ninja 700R Serba Baharu
BACA >>> Kawasaki Daftar Nama E-Boost, Petanda Awal Ketibaan Model Elektrik dan Hibrid?

SUMBER: Zingnews.vn

Related

930
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Malaysia, Kawasaki Motor Co, Lakaran Paten, ninja zx-25r, ninja zx-4r, sport bike, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my