KEPENTINGAN tali keledar untuk kereta memang tidak dapat disangkal, tetapi keberkesanan untuk kenderaan dua roda agak sukar dibayangkan. Bagaimanapun, firma kejuruteraan dan rekabentuk dari Itali, Italdesign yakin ciri keselamatan itu boleh digunakan pada motosikal dengan teknologi moden.
Idea Italdesign adalah menghasilkan sistem tali keledar yang akan mengekalkan penunggang pada satu tempat sekiranya berlaku kemalangan.
Sistem itu dibina berasaskan penyandar belakang berbentuk seakan cengkerang [FIG.2] yang diikat pada bahu dan pinggang penunggang. Penyandar itu dipasangkan pada motosikal menggunakan pemegang fleksibel [FIG.3] yang membenarkan penunggang bergerak. Sistem itu juga boleh ditanggalkan daripada motosikal dengan cepat apabila keadaan memerlukan.
Komputer motosikal akan menggunakan sensor untuk mengenal pasti jika kemalangan berlaku dan membuat keputusan sama ada melepaskan penyandar ataupun mengekalkan penunggang pada satu-satu kedudukan, tempat atau posisi.
Contohnya, jika kereta muncul dari sisi penunggang, sistem akan mengekalkan penunggang atas motosikal supaya penunggang tidak tercampak atas kereta.
Bagaimanapun, sistem itu dibina khas untuk motosikal jenis skuter dan tourer, serta tidak sesuai untuk sportbike kerana tiada ruang mencukupi untuk penyandar belakang berfungsi sepenuhnya. Sejauh mana keberkesanan ciri tali keledar untuk motosikal masih belum dapat dipastikan.
BACA >>> Ford Patenkan Teknologi Pengiklanan Dalam Kereta
BACA >>> BMW Dedah Paten Frem Sangkar Baharu untuk Skuter Berbumbung
SUMBER: CycleWorld
Leave a Reply