• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Infiniti Q50 (2014)

PREVIU: Infiniti Q50 (2014)

August 29, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1220273JENAMA automotif mewah, Infiniti terus mengukuhkan kedudukaannya di pasaran Malaysia apabila melancarkan model sedan sports premium Q50 baharu yang penuh inspirasi untuk peminatnya.

Menerusi pengenalan Q50 baharu ini, ia kini melengkapkan lagi varian sedia ada untuk pasaran tempatan yang terdiri daripada Q60, Q70, QX50 dan QX70. Q50 hadir dalam tiga varian iaitu 2.0T GT, 2.0T Premium dan Q50S Hybrid yang ditawarkan dalan dua enjin berbeza.

TIGA VARIAN

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Q50 20.T GT dan 2.0T Premium dijana unit enjin 4-silinder pancitan terus bersesaran 2.0L. Ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 211hp@5,500rpm dan tork puncak 350Nm (1,250 hingga 3,500rpm).

Pecutan dari statik ke 100kmj mampu dicapai dalam masa 7.2 saat dengan kelajuan maksimum mencecah sehingga 245kmj. Sebalik prestasi pecutan yang mengagumkan itu, sedan sports premium ini masih mampu menawarkan penggunaan bahan api yang menjimatkan iaitu 13.6km per liter.

P1220289    P1220292P1220328Manakala Q50S Hybrid pula dijana 'jantung' V6 bersesaran 2.5L dengan teknologi Direct Response Hybrid Infiniti. Hasil gabungan enjin V6 dan kecekapan motor elektrik kompak bersama bateri lithium-ion berkuasa 67hp, ia berupaya menghasilkan kuasa sehingga 364hp dan tork 546Nm.

Kombinasi sistem tersebut menawarkan tindak balas yang mengujakan apabila kelajuan 0-100kmj mampu dicatat dalam tempoh 5.1 saat sahaja. Kadar penjimatan bahan apinya juga begitu mengagumkan iaitu 16.1km per liter.

TEKNOLOGI TERMAJU

Sebalik penawaran prestasi enjin mengagumkan, barisan model Q50 turut dilengkapi pelbagai teknologi termaju seperti penggunaan sistem steer-by-wire yang juga pertama di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan dilaksanakan selama 10 tahun – Direct Adaptive Steering (DAS).

Menerusi DAS, ia menawarkan pemanduan selesa, selamat dan ketepatan stereng yang belum pernah wujud sebelum ini. Satu lagi ciri yang pertama seumpamanya di dunia ialah Active Lane Control (ALC). ALC menggunakan teknologi berasaskan kepada kamera untuk meningkatkan kemampuan keselamatan dan memastikan Q50 sentiasa berada di laluan yang betul.

P1220304P1220301  P1220318  P1220321  P1220331    P1220334Rekabentuk dan prestasi Infiniti Q50 yang penuh inspirasi itu kemudian dipadankan dengan ruang dalaman yang dicipta berasaskan kepada standard-standard luar biasa.

Ruang kabin menawarkan gabungan tekstur tiga dimensi yang penuh kuasa, pertukangan terbaik dan kualiti premium. Ia juga menggabungkan aspek kemewahan moden dan teknologi termaju yang fokus kepada pengguna.

Selain itu, antara ciri lain turut tersedia pada barisan Q50 adalah sistem kawalan Infiniti InTouch yang terdiri daripada skrin sentuh berkembar intuitif mengawal audio, suhu, komunikasi dan tetapan kenderaan.

Bagi mereka yang mahukan hiburan, Q50 hadir dengan sistem audio premium Studio on Wheels® baharu dengan 14 unit pembesar suaran Bose®. mempunyai 14 unit pembesar suara.

KOMPETITIF

Q50 2.0T GT dijual pada harga RM248,800 dan RM278,800 bagi varian 2.0T GT Premium manakala Q50S 3.5 Hybrid pula dijual RM398,800. Kesemua harga atas jalan adalah tidak termasuk insurans. Sudah pasti, penetapan harga yang boleh dianggap sebagai kompetitif mampu memberi cabaran hebat buat model pesaingnya.

Pelanggan turut ditawarkan dengan tujuh pilihan warna menarik yang terdiri daripada putih (Moonlight White), perak (Liquid Platinum), biru (Hagane Blue), kelabu (Graphite Shadow), coklat tembaga (Chestnut Bronze), merah (Venetian Ruby) dan hitam (Malbec Black).

P1220262Model Q50 2.0T GT dilengkapi dengan spesifikasi berikut:

  • Rim aloi aluminium bersaiz 17 inci, lima jejari berkembar dengan tayar run-flat (mampu digunakan walaupun ketika pancit) yang berprestasi tinggi
  • Lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang (Daytime Running Lights, DRL) bersepadu
  • Monitor Pandangan Belakang dengan sistem sonar pada bahagian hadapan dan belakang
  • Tempat duduk kulit dengan tempat duduk kuasa di hadapan dan fungsi memori
  • Kunci pintar (Intelligent Key, I-Key) dengan akses sentuhan dan memori yang telah dipertingkatkan

P1220340Penambahan pada Q50 2.0T GT Premium:

  • Rim aloi aluminium bersaiz 18 inci, tujuh jejari dengan tayar run-flat (mampu digunakan walaupun ketika pancit) yang berprestasi tinggi
  • Direct-Adaptive Steering (DAS) dengan Active Lane Control.
  • Sistem audio premium Studio on Wheels® by Bose® yang terdiri daripada 14 unit pembesar suara dengan BOSE AudioPilot 2.0® dan CenterPoint 2.0®.
  • Ciri-ciri keselamatan seperti, Predictive Forward Collision Warning (PFCW) dan Forward Emergency Braking
  • Lane Departure Prevention (LDP) dan Blind Spot Intervention (BSI)
  • Around View Monitor (AVM) dengan Moving Object Detection

P1220285Penambahan pada Q50S 3.5 Hybrid:

  • Rim aloi aluminium bersaiz 19 inci, lima jejari dengan tayar run-flat (mampu digunakan walaupun ketika pancit) yang berprestasi tinggi
  • Sistem brek dan suspensi talaan sport
  • Paddle shifter magnesium solid pada stereng
  • Bampar hadapan sport
  • Tempat duduk sport berkuasa
  • Pedal-pedal dan perehat kaki disadur aluminum
  • Bumbung kaca dengan gelongsor kuasa

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Active Lane Control (ALC), Direct Adaptive Steering (DAS), Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Infiniti Q50, Q50 2.0T GT, Q50 2.0T Premium, Q50 kompetitif, Q50S Hybrid, Q60, Q70, QX50, QX70

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev