• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / F1 McLaren Milik Lewis Hamilton Ini Bakal Dilelong! Bidaan Dijangka Cecah RM29j

F1 McLaren Milik Lewis Hamilton Ini Bakal Dilelong! Bidaan Dijangka Cecah RM29j

May 20, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MCLAREN mengumumkan kerjasama dengan rumah lelongan klasik, RM Sotheby's untuk melelong jentera MP4-25A yang dipandu juara dunia Formula Satu (F1) Lewis Hamilton di GP Turki pada 2010.

Ini juga kali pertama jentera milik Hamilton yang pernah memenangi perlumbaan dilelong.

Lewis Hamilton memandu MP4-25A ini di GP Turki

Keputusan McLaren menjual jentera lumba sangat jarang dilakukan dan ini menarik perhatian ramai peminat permotoran seluruh dunia. Mungkinkah pasukan F1 terkenal itu mengalami masalah kewangan akibat pandemik Covid-19 hingga memaksa jentera tersebut dijual?

RM Sotheby's akan mula melelongkan jentera tersebut pada 17 Julai ini di Silverstone sebelum pusingan kelayakan GP Britain. Bidaan dijangka bermula sebaik saja jentera F1 yang pasti menarik untuk dilihat. 

Inilah jentera casis MP4-25A pertama dibina McLaren dengan enjin 2.4L Mercedes V8. Bakal pemilik kereta tersebut memerlukan sepasukan jurutera untuk menggunakannya.

McLaren-Mercedes dijangka dapat menjual jentera berkenaan pada harga antara AS$5 juta-AS$7  juta (RM20.7 juta-RM29 juta). Walaupun mahal, pasti berbaloi dimiliki kerana jentera ini pernah dipandu Hamilton, antara pelumba F1 paling berjaya dalam sejarah. 

Ferrari F2001 ini dijual setinggi RM31 juta.

RM Sotheby's pernah menjual jentera Ferrari F2001 yang dipandu Michael Schumacher di GP Monaco pada harga AS$7.5 juta (RM31 juta). Sebagai antara jentera terhebat dihasilka Ferrari, memang padanlah dengan harga semahal itu. 

BACA >>> F1 2021: Strategi Pintar Mercedes Letakkan Hamilton Juara GP Sepanyol
BACA >>> #TahukanAnda: 5 Model Kereta Pernah Dipandu Lewis Hamilton, Tetapi Tidak Best

SUMBER: Road&Track

Related

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: F1, Ferrari F2001, Formula One, Formula Satu, Lewis Hamilton, McLaren, mclaren mercedes, Michael Schumacer, Michael Schumacher, MP4-25A, RM Sotheby's

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev