• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jika Terlanggar Tiang Elektrik, Lebih Baik Jangan Keluar Kereta

Jika Terlanggar Tiang Elektrik, Lebih Baik Jangan Keluar Kereta

May 19, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

510
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA terlibat dalam kemalangan melibatkan tiang elektrik dan mana-mana fasiliti bekalan tenaga, perkara yang perlu diawasi adalah jangan sentuh apa saja kabel atau wayar sekeliling anda. 

Inilah dialami seorang wanita malang di Detroit, Amerika Syarikat (AS) yang memandu Chrysler 200 apabila maut akibat terkena renjatan elektrik arus tinggi selepas terbabit dalam satu kemalangan.

Video agensi berita Detroit, WDIV Local 4 menunjukkan kemalangan itu berlaku di persimpangan Southfield Freeway dan Tireman Avenue. Seorang saksi mendakwa menyaksikan mangsa menyentuh kabel tiang elektrik yang menyentuh kenderaannya sebelum mula menggigil akibat terkena renjatan. 

Tidak diketahui sama ada mangsa terkena renjatan kerana mahu mengalihkan kabel elektrik itu atau tersentuh tanpa sengaja. Laporan berita mendakwa wanita itu cuba menggenggam kabel tersebut, tetapi ini bukan kenyataan rasmi pihak berkuasa.

Memang sukar membuat andaian hanya berdasarkan video yang ada. Apa yang jelas, kabel itu dilihat terjatuh atas bumbung kereta wanita itu yang kemudian disahkan polis Detroit sudah meninggal dunia di tempat kejadian. 

APA PERLU BUAT JIKA TERLANGGAR TIANG ELETRIK?

Kemalangan ini boleh dijadikan peringatan kepada kita semua supaya berhati-hati jika berlaku kemalangan berdekatan tiang elektrik. Nasihat kami, lebih baik jangan menyentuh mana-mana kabel atau wayar elektrik di situ. Anda sepatutnya duduk saja dalam kereta kerana itu lebih selamat.

Ini kerana lantai atau permukaan jalan sekeliling kawasan kemalangan itu mungkin terkena arus eletrik. Demi keselamatan, anggaplah semua kabel tersebut mempunyai arus eletrik. Jadi, tunggu saja bantuan pihak berkuasa untuk memastikan keadaan benar-benar selamat. 

BACA >>> Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat
BACA >>> Kilang Tutup, Beg Udara Mahal Punca Kes Curi Stereng Meningkat di AS

SUMBER: Jalopnik

Related

510
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: accident, Amerika, Auto Terkini, chrysler, Detroit, kemalangan maut, USA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev