BEBERAPA pengeluar dan pengedar motosikal di India mengambil inisiatif melanjutkan tempoh waranti dan servis percuma sedia ada selepas negara Asia Selatan itu berdepan krisis buruk pandemik Covid-19.
Langkah itu diambil selepas Kerajaan India menguat kuasa perintah berkurung dan larangan perjalanan di beberapa negeri bagi mengekang penularan virus tersebut.
KTM
- KTM India melanjutkan servis dan tempoh jaminan semua produk di India selama dua bulan untuk waranti dan servis percuma sah hingga 31 Mei 2021 yang dilanjutkan kepada 31 Julai 2021.
- Lanjutan servis dan waranti ini turut membabitkan semua model Husqvarna di India selain barisan produk penuh KTM.
- Presiden Bajaj Auto (Probiking), Sumeet Narang berkata, pelanggan mungkin sukar membawa motosikal untuk servis tepat pada masa atau menikmati manfaat waranti yang luput disebabkan masalah pandemik.
- Semua bilik pameran KTM Probiking di India akan memberi manfaat lanjutan servis percuma dan jaminan kepada semua pelanggan.
TVS
- TVS Motor Company mengikut jejak langkah sama melanjutkan tempoh servis percuma dan waranti kepada pelanggan hingga 30 Jun 2021.
- Keputusan dibuat selepas menyedari ramai pemilik motosikal jenama TVS tidak berpeluang mengunjungi pusat servis berikutan kawalan penularan Covid-19.
- Bagi memudahkan urusan pelanggan, TVS menyediakan talian bebas tol (1800-2587-111) yang aktif 24 jam seminggu untuk menjawab semua pertanyaan dan masalah pelanggan.
- Selain itu, TVS juga meneruskan program Bantuan Jalanan (RSA) percuma kepada semua pelanggan berdaftar, manakala pemilik motosikal lain dikenakan bayaran.
HERO
- Hero MotoCorp melanjutkan tempoh servis percuma dan waranti hingga 60 hari disebabkan perintah berkurung akibat pandemik Covid-19.
- Tempoh 60 hari itu berkuat kuasa bermula tarikh tamat waranti dan servis percuma yang bertujuan memastikan pelanggan tidak keluar rumah.
- Turut dilancarkan servis jualan dan perkhidmatan selepas jualan menggunakan platform WhatsApp yang membolehkan pelanggan menempah slot servis, memberikan maklum balas, memeriksa status servis motosikal, mencari pengedar dan pusat servis terdekat dan beberapa perkhidmatan lain. Sistem itu beroperasi 24 jam seminggu.
HONDA
- Honda Motorcycle and Scooter India melanjutkan manfaat servis percuma dan waranti hingga 31 Julai ini di semua rangkaian pengedar seluruh India.
- Bagaimanapun, tawaran cuma layak kepada pelanggan Honda 2Wheeler India untuk tempoh servis percuma, waranti dan lanjutan waranti yang tamat antara 1 April dan 31 Mei 2021.
YAMAHA
- Yamaha Motor India melanjutkan servis percuma dan jaminan pengilang hingga 30 Jun ini yang mana semua pengedar sudah dimaklumkan.
- Tawaran itu membabitkan semua perkhidmatan seperti servis percuma, waranti standard, dan lanjutan serta kontrak penyelenggaraan tahunan.
SUMBER: BikeWale
Leave a Reply