• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lamborghini Keluarkan Model Hibrid, Elektrik Penuh 2024

Lamborghini Keluarkan Model Hibrid, Elektrik Penuh 2024

May 19, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SATU demi satu pengeluar kereta mula beralih ke arah elektrifikasi dan Lamborghini juga tidak ingin ketinggalan.

Pengeluar kereta mewah dari Itali itu mengumumkan semua model jenama itu akan menjadi unit hibrid plug-in (PHEV) dalam masa tiga tahun akan datang, iaitu pada 2024 sebelum mula melancarkan model eletrik sepenuhnya selepas itu. 

Stephan Winkelmann

Ketua Pengarah Operasi (COO) Lamborghini, Stephan Winkelmann dipetik Road & Track berkata, model enjin pembakaran dalaman akan terus dikeluarkan sepanjang tahun ini dan tahun depan.

Bagaimanapun, model baharu dan dikemas kini akan menggunakan trenkuasa elektrik menjelang penghujung 2024 dalam rancangan yang dinamakan 'Direzione Cor Tauri’.

Lamborghini Urus

Model pertama bakal dihibridkan Lamborghini ialah Urus yang mana Winkelmann berjanji trenkuasa kenderaan utiliti sukan (SUV) itu akan lebih pantas daripada V8 biasa. Pengeluar itu juga mungkin menggunakan enjin hibrid V8 Porsche berkuasa 670hp yang dipasangkan pada Cayenne Turbo S e-hybrid.

Aventador versi kemas kini juga akan menjadi model hibrid, tetapi masih mengekalkan enjin V12. Berita baik buat peminat jenama mewah itu, bunyi merdu enjin yang menjadi signatur enjin Lamborghini masih dapat didengar walaupun menggunakan enjin hibrid.

Langkah ke arah elektrifikasi ini menelan belanja besar kepada Lamborghini yang menurut Winkelmann, kos membangunkan supercar baharu dan Urus PHEV memerlukan belanja hingga €1.5 bilion (RM7.5 bilion). 

BACA >>> #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
BACA >>> Lamborghini SC20 - Supercar Tempahan Khas Pelanggan Misteri, Cuma Ada Seunit Sahaja

SUMBER: Road & Track

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EV, hybrid, Lamborghini, Lamborghini Urus, PHEV, Porsche, Stephan Winkelmann, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev