• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Tambah Sumbangan Bekalan Perubatan RM80k untuk Hospital Sungai Buloh

Perodua Tambah Sumbangan Bekalan Perubatan RM80k untuk Hospital Sungai Buloh

May 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA menyumbang bekalan perubatan tambahan bernilai RM80,000 kepada Hospital Sungai Buloh sebagai sebahagian usaha dan sokongan berterusan pengeluar nasional itu dalam membantu institusi awam utama negara.

Bekalan perubatan itu terdiri daripada 5,000 pelindung muka, kerusi roda dengan tali keselamatan, kerusi tandas duduk, papan pemindahan, rel katil, kerusi pemulihan, frem bantu berjalan, tongkat dan meja miring terapi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata;

Bekalan disumbangkan adalah mengikut maklum balas pasukan pentadbiran hospital untuk membantu menjaga keselamatan kakitangan dan memberi keselesaan kepada pesakit.”

Sumbangan 5,000 pelindung muka Perodua kepada Hospital Sungai Buloh itu dihasilkan syarikat bersekutu dan setakat ini sudah 35,000 unit diserahkan kepada pelbagai organisasi di Malaysia seperti sekolah, klinik, pejabat Kerajaan dan majlis perbandaran tempatan serta kumpulan penjaja.

Pelindung muka direka dengan bahagian pelindung tahan kabus yang dibuat daripada polietilena tereftalat untuk penglihatan optimum. Span pada dahi pula menghalang kemasukan titisan air, dan ada jalur elastik boleh laras supaya dapat dipakai lebih selamat dan selesa.

Pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu, Perodua menyumbang 150 tilam, 200 bantal, 105 kotak air mineral, 15 kipas industri dan 300 pasang kasut getah kepada Hospital Sungai Buloh.

Zainal Abidin berkata lagi;

Kami akan terus berkomunikasi dengan institusi awam utama bagi menentukan di mana Perodua boleh menyumbang secara strategik untuk membantu negara. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada wira dan wirawati negara yang berkhidmat buat kita semua tanpa mengenal penat lelah."

BACA >>> Perodua Aruz (2021) Dikemas Kini! Ada Warna Baharu, Pemijak Sisi, Harga Sama!
BACA >>> Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?

Related

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hospital Sungai Buloh, Perodua Amal, Sumbangan Perodua, Sumbangan Perubatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev