• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Jimny Masuk Malaysia Ogos ini, Swift Standard Tahun Depan?

Suzuki Jimny Masuk Malaysia Ogos ini, Swift Standard Tahun Depan?

May 17, 2021 By Shawkath 2 Comments

248
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Eastern Motors Sdn Bhd (Naza Eastern) bakal menawarkan model Suzuki Jimny ke pasaran tempatan menjelang Ogos ini sebagai model kedua susulan pelancaran hatchback kompak Suzuki Swift Sport, bulan lalu.

Model versi import (CBU) dari Jepun itu setakat ini sudah menerima hampir 20 tempahan selepas anak syarikat, Naza Automotive Group (NAG) dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia.

BACA >>> Suzuki Swift Sport (2021) Kini di Malaysia! 140hp, 230Nm, Harga RM139.9k!

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAG, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, Jimny yang akan dibawa masuk nanti adalah varian paling premium.

Beliau berkata, NAG tidak menolak bayaran tempahan daripada pelanggan walaupun belum ada kata putus mengenai tarikh kemasukan Jimny ke pasaran tempatan. Apa yang mengejutkan, nisbah tempahan diterima antara Jimny dan Swift Sport ialah 3:1 yang menunjukkan model kenderaan utilisi sukan (SUV) masih ada tempat dalam hati pembeli Malaysia.

Nik Hamdan turut mendedahkan pelan NAG untuk membawa masuk Swift standard yang dijangka direalisasikan tahun depan dan akan diimport dari negara jiran Thailand. Bagaimanapun, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan.

BACA >>> Suzuki Jimny 2-Kerusi Kini di Eropah Sebagai Kenderaan Komersial

SUMBER: Berita Harian 

Related

248
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Datuk Nik Hamdam Nik Hassan, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), NAZA Automotive Group, Naza Automotive Group (NAG), Naza Eastern Motors Sdn Bhd (Naza Eastern), roda2, SUV, Suzuki Jimny, Suzuki Malaysia, Suzuki Swift

Comments

  1. Alson P says

    May 17, 2021 at 2:36 PM

    Dalam masa 3 thn naza akan bawa masuk model CKD Suzuki. Model² CKD Akan lebih murah 11% hingga 19% berbanding model CBU...

    Reply
    • lol says

      May 22, 2021 at 10:56 PM

      tak percaya kat naza ni. harga mungkinsama dengan almera baru

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my