GRAB Malaysia melancarkan kempen yang membolehkan orang ramai meraih pendapatan sampingan menerusi platformnya dan peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM150,000.
Ada 166 hadiah bakal dimenangi menerusi peraduan Rider Raya Bergaya dengan menawarkan hadiah seperti berikut:
- 1 Hadiah Utama - Yamaha MT-25 yang ditandatangani pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin.
- 5 Hadiah Kedua - Setiap satu bernilai RM10,000 tunai atau bitcoin.
- Hadiah Saguhati - Tunai RM1,000 dan RM500.
Bermula 24 April hingga 31 Mei ini, rakan-penghantar baru dan sedia ada, yang mendaftar atau merekomendasikan rakan untuk menyertai platform Grab juga mendapat peluang penyertaan. Rakan-penghantar berpeluang memenangi hadiah hebat semudah melengkapkan slogan.
Susulan tahun mencabar, Grab berhasrat memberi peluang pendapatan stabil kepada mereka yang menyertai Grab. Peraduan Rider Raya Bergaya adalah inisiatif Grab untuk meraih akses cepat dan mudah ke arah memperoleh pendapatan saksama, mampan dan produktif.
Pengarah Operasi Negara, Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, misi Grab sejak mula adalah memperkasa warga Malaysia dengan mencipta peluang pendapatan yang selamat, saksama dan inklusif.
Menurutnya;
Tahun lalu saja, Grab mengalami pertumbuhan ketara dalam kalangan komuniti rakan pemandu dan penghantar. Kami komited sepenuhnya untuk memastikan platform ini terus membuahkan hasil dan memain peranan penting demi menyokong isi rumah warga Malaysia."
Menurut Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran negara adalah 4.8 peratus atau 777,500 orang pada Februari tahun ini. Ekonomi gig berasaskan teknologi boleh membantu warga Malaysia, bukan saja mencipta pendapatan sampingan isi rumah yang sihat, tetapi menyedia peluang pendapatan tambahan bagi membantu mereka memenuhi keperluan pada waktu mendesak.
PROGRAM GRABBENEFITS
Selain menyedia peluang pendapatan, Grab kini berada pada kedudukan terbaik untuk mengemudi tanggungjawab menjaga kesejahteraan rakan-penghantar.
Menerusi program GrabBenefits, rakan-rakan dalam ekonomi gig akan mendapat akses kepada peluang pekerjaan lebih berkualiti dan lebih selamat serta kewangan stabil seperti pengurangan kos operasi, insurans, pembangunan profesional dan banyak lagi.
Shukor berkata;
Kami yakin, jika Grab memelihara kesejahteraan komunitinya, mereka akan menjaga kepentingan pengguna. Mereka ini bukan setakat rakan kongsi, tetapi bagaikan duta; merekalah punca kewujudan Grab. Mereka mewakili gabungan usaha dan kepelbagaian yang menjadi asas pembentukan negara ini.
"Lebih utama lagi, diharap sikap amanah dan rajin yang didokongi rakan kongsi kami, berbaloi untuk menterjemah kepada kehidupan lebih bermutu, untuk dinikmati keluarga masing-masing."
Pemenang peraduan Rider Raya Bergaya akan diumumkan pada acara digital rumah terbuka Grab pada 5 Jun akan datang. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh layari https://grb.to/RiderRayaBergaya.
Leave a Reply