SELAIN berlumba di litar MotoGP, legenda sukan permotoran Valentino Rossi juga pandai berniaga dengan memasarkan pelbagai aksesori dan barangan di bawah label VR46.
Terbaharu, VR46 memeterai perjanjian komersil bersama MT Distribution mengenai projek mobiliti elektrik (e-mobiliti) menerusi pelancaran papan hover (hoverboard) Fun dan dua skuter, KD1 dan KIDDY.
Semua produk mobiliti tersebut akan tertera lencana 46, The Doctor dan skema warna ikonik Rossi, iaitu biru dan kuning floresen. Jika berminat boleh layari VR46.com.
Berikut perincian produk e-mobiliti VR46:
BACA >>> VR46 ke MotoGP: Rossi Kata Ya, Aramco Tak Tahu Apa-Apa
BACA >>> Husqvarna Vektorr - Skuter Elektrik Konsep yang Bakal Lancar Tahun Depan
1. SKUTER ELEKTRIK - KD1
- Dibina untuk kanak-kanak dan remaja berusia 10-16 tahun yang juga peminat juara Rossi.
- Frem dibuat daripada aluminium dan besi. Dilengkapi dua jenis brek, elektronik dan pedal (pemijak belakang).
- Rekabentuk kompak dan ringan, serta dipasangkanmotor 250w dan bateri 216kW yang boleh ditunggang sejauh 15km.
- Ada tiga mod kelajuan, Tahap 1 (6kmj), Tahap 2 (20kmj) dan Tahap 3 (25kmj).
- Berat skuter cuma 11kg, tetapi mampu menampung berat maksimum hingga 90kg.
- Ada lampu depan kembar dan lampu belakang serta meter LCD digital pada bar hendal.
- Roda depan 8 inci dilengkapi kamber angin dan sistem suspensi untuk menyerap getaran dengan baik ketika meluncur.
- Masa mengecas bateri ialah 3-4 jam. Harga runcit disyorkan €299 (RM1,500).
2. SKUTER ELEKTRIK - KIDDY
- Khas untuk kanak-kanak berusia 6-10 tahun dengan halaju maksimum 12kmj.
- Kelajuan meluncur akan segera diperlahankan apabila penunggang melepaskan terotel elektrik atau menarik tuil brek dram.
- Frem dibuat daripada besi dan mampu menampung berat peluncur hingga 80kg. Berat skuter pula cuma 9.4kg. Roda digunakan bersaiz 140mm.
- Dilengkapi bateri 108wH yang boleh cas semula dengan masa mengecas ialah 6-8 jam. Harga runcit disyorkan €159 (RM800)
3. PAPAN HOVER FUN
- Produk mobiliti tanpa hendal ini dibina untuk peluncur berusia 6-14 tahun.
- Ada lampu LED pada roda 6 inci untuk memberi pencahayaan ketika meluncur.
- Halaju maksimum 10kmj, tetapi bergantung kepada berat individu.
- Frem dibuat menggunakan besi dan mampu menampung berat hingga 100kg.
- Menggunakan motor 150kW dan bateri jenis 36V 2AH. Masa mengecas semula 3-5 jam, manakala harga runcit €179 (RM900).
SUMBER: VR46
Leave a Reply