• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / VR46 Perkenal Koleksi Skuter Elektrik, Papan Hover, Harga Mula RM800

VR46 Perkenal Koleksi Skuter Elektrik, Papan Hover, Harga Mula RM800

May 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN berlumba di litar MotoGP, legenda sukan permotoran Valentino Rossi juga pandai berniaga dengan memasarkan pelbagai aksesori dan barangan di bawah label VR46.

Terbaharu, VR46 memeterai perjanjian komersil bersama MT Distribution mengenai projek mobiliti elektrik (e-mobiliti) menerusi pelancaran papan hover (hoverboard) Fun dan dua skuter, KD1 dan KIDDY.

Semua produk mobiliti tersebut akan tertera lencana 46, The Doctor dan skema warna ikonik Rossi, iaitu biru dan kuning floresen. Jika berminat boleh layari VR46.com.

Berikut perincian produk e-mobiliti VR46:

BACA >>> VR46 ke MotoGP: Rossi Kata Ya, Aramco Tak Tahu Apa-Apa
BACA >>> Husqvarna Vektorr - Skuter Elektrik Konsep yang Bakal Lancar Tahun Depan

1. SKUTER ELEKTRIK - KD1

VR46 KD1 2021 -1
VR46 KD1 2021 -6
  • Dibina untuk kanak-kanak dan remaja berusia 10-16 tahun yang juga peminat juara Rossi.
  • Frem dibuat daripada aluminium dan besi. Dilengkapi dua jenis brek, elektronik dan pedal (pemijak belakang).
  • Rekabentuk kompak dan ringan, serta dipasangkanmotor 250w dan bateri 216kW yang boleh ditunggang sejauh 15km.
  • Ada tiga mod kelajuan, Tahap 1 (6kmj), Tahap 2 (20kmj) dan Tahap 3 (25kmj).
  • Berat skuter cuma 11kg, tetapi mampu menampung berat maksimum hingga 90kg.
  • Ada lampu depan kembar dan lampu belakang serta meter LCD digital pada bar hendal.
  • Roda depan 8 inci dilengkapi kamber angin dan sistem suspensi untuk menyerap getaran dengan baik ketika meluncur.
  • Masa mengecas bateri ialah 3-4 jam. Harga runcit disyorkan €299 (RM1,500).

2. SKUTER ELEKTRIK - KIDDY

VR46 KIDDY 2021 -5
VR46 KIDDY 2021 -6
  • Khas untuk kanak-kanak berusia 6-10 tahun dengan halaju maksimum 12kmj.
  • Kelajuan meluncur akan segera diperlahankan apabila penunggang melepaskan terotel elektrik atau menarik tuil brek dram.
VR46 KIDDY 2021 -7
VR46 KIDDY 2021 -1
  • Frem dibuat daripada besi dan mampu menampung berat peluncur hingga 80kg. Berat skuter pula cuma 9.4kg. Roda digunakan bersaiz 140mm.
  • Dilengkapi bateri 108wH yang boleh cas semula dengan masa mengecas ialah 6-8 jam. Harga runcit disyorkan €159 (RM800)

3. PAPAN HOVER FUN

hover-board-vr46-2
hover-board-vr46
  • Produk mobiliti tanpa hendal ini dibina untuk peluncur berusia 6-14 tahun.
  • Ada lampu LED pada roda 6 inci untuk memberi pencahayaan ketika meluncur.
VR46 FUN 2021 -2
VR46 FUN 2021 -7
  • Halaju maksimum 10kmj, tetapi bergantung kepada berat individu.
  • Frem dibuat menggunakan besi dan mampu menampung berat hingga 100kg.
  • Menggunakan motor 150kW dan bateri jenis 36V 2AH. Masa mengecas semula 3-5 jam, manakala harga runcit €179 (RM900).
VR46 FUN 2021 -8
VR46 FUN 2021 -1

SUMBER: VR46

Artikel Berkaitan

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Hover Board, Papan Hover, Rossi skuter elektrik, skuter elektrik, VR46, VR46 Scooter, VR46 Valentino RossI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my