• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Siar Video Acah Kedua YZF-R7, Lancar 18 Mei Ini!

Yamaha Siar Video Acah Kedua YZF-R7, Lancar 18 Mei Ini!

May 14, 2021 By Aryon Leave a Comment

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS video acah pertama, Yamaha Motor Europe (YME) menyiarkan klip kedua model siri R baharu yang dipercayai sebagai YZF-R7. Namun belum ada sebarang tanda itu adalah sportbike yang disebut-sebutkan.

Dalam video kali ini, YME mendedahkan tarikh pelancaran rasmi model tersebut, iaitu pada 18 Mei (Selasa) nanti, iaitu tinggal kira-kira empat hari saja lagi.

Tertulis juga kapsyen;

There's a place where the track dan the road meet a different kind of rider
Where R/World meets yours, 18/05/21 at 15:00 CEST. #RWorld

(Inilah tempat yang mana trek dan jalan bertemu pelbagai jenis penunggang
Di mana R/Word berjumpa anda, 18.05.21 pada 15:00 CEST. #RWorld)

Apa didedahkan dalam video kali ini? Tanpa menunjukkan sebarang paparan panel meter, video terbaharu itu lebih banyak menyiarkan aksi penunggang di trek. Kelihatan penunggang muda, lelaki dan wanita dengan pakaian sut menunggang sedang tersenyum, ketawa dan bersembang seperti selesai menjalani sesi Track Day yang mengujakan.

Jadi, tidak banyak maklumat teknikal dan rekabentuk mengenai model R baharu itu yang didedahkan. Apa ditunjukkan cuma kelibat lampu siang (DRL) yang dinyalakan.

Jika itu R1M, model tersebut mungkin menyeronokkan bagi penunggang berpengalaman sahaja dan bukan sportbike sesuai untuk penunggang muda yang tidak biasa ke litar. Jadi model baharu ini seakan dibangunkan khas buat penunggang muda menikmati keseronokan Track Day, dan antara karakter diperlukan ialah pengendalian yang lincah dan mudah.

Adakah model R baharu itu adalah jenis sportbike trek middleweight untuk pelumba muda yang jarang turun trek?

BACA >>> Yamaha Siar Video Acah YZF-R7, Pelancaran Makin Dekat?
BACA >>> Yamaha YZF-R7 Bukan Khabar Angin, Dokumen Daftar Sudah Hantar

Related

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, sportbike, Sportbike Middelweight, teaser, Teaser Yamaha R7, Video Acah, Video Acah Yamaha R7, Yamaha Eropah, Yamaha Motor Europe (YME), Yamaha YZF-R7

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev