JENAMA Ryuka melancarkan kapcai bajet, Save II S (2021) versi dipertingkat untuk pasaran Thailand dengan menampilkan rekabentuk mirip Honda Wave Alpha, dan dijual pada harga 30,900-34,900 baht (RM4,070-RM4,590).
Ryuka ialah jenama motosikal baharu di Thailand hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal dari China, Zongshen. Agak sukar mengesan perbezaan rekabentuk Wave Alpha pada Save II S jika tidak melihat nama kapcai tersebut.
Berikut ciri Save II S (2021):
- Memiliki dimensi panjang 1,980mm, lebar 785mm dan tinggi 1,300mm, manakala jarak roda 1,260mm dan tinggi pelana 750mm dengan berat 90kg. Dibandingkan dengan Wave Alpha, Save II S lebih panjang, lebar dan tinggi, tetapi memiliki tinggi pelana yang lebih rendah, dan juga lebih berat.
- Bagaimanapun, ciri ditawarkan lebih menarik, iaitu jarum digital, brek cakera depan dan rim 17 inci
- Trenkuasa dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc dengan angka kuasa dan tork tidak didedahkan, manakala transmisi jenis automatik rotari 4-kelajuan.
- Penggunaan bahan api adalah kira-kira 2.2 liter per 100km.
- Di pasaran Thailand, kapcai ini jauh lebih murah daripada Wave Alpha yang dijual pada harga 43,600 baht (RM5,735). Harga Wave Alpha di Malaysia pula lebih murah, iaiut bermula RM4,300.
Model motosikal dari China sudah lama bertapak di negara Asean, termasuk Malaysia dan salah satu strategi dilakukan adalah meniru rekabentuk jenama ternama sedia ada di pasaran. Pengeluar China turut menjalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan dalam usaha memasuki pasaran negara berkenaan.
BACA >>> Honda Wave Alpha (2020) Vietnam Kini dengan Lampu Nyala Automatik Tanpa Suis
BACA >>> BSH Perkenal Honda Wave 125i (2021) Baharu, Harga RM6.4k
Leave a Reply