• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 9/10 Kereta Renault Guna Enjin Elektrik di Eropah Menjelang 2030

9/10 Kereta Renault Guna Enjin Elektrik di Eropah Menjelang 2030

May 7, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RENAULT akan menjadi pengeluar paling mesra alam di Eropah menjelang 2030 dengan sembilan daripada 10 kenderaan jenama itu menggunakan trenkuasa elektrik, kata Presidennya, Luca de Meo.

Renault kini meletakkan fokus kepada kelestarian dan teknologi baharu sebagai salah satu rancangan menaikkan semula jenama itu di bawah strategi pembesaran ‘Renaulution’.

Dalam sesi pembentangan atas talian Renault Talks, de Meo berkata, kejayaan Renault bergantung kepada kebolehan syarikat menjenamakan semula imej kepada mobiliti lestari. Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan mengenai bagaimana Renault akan menjadi jenama paling ‘hijau’.

Beberapa pesaing lain seperti Volvo sudah berjanji hanya kenderaan elektrik saja akan dikeluarkan bermula 2030, manakala strategi Renault adalah campuran hibrid dan model elektrik, bergantung keperluan pasaran.

Renault kini sedang membangunkan enjin 3-silinder 1.2L yang boleh digunakan sebagai asas kepada trenkuasa hibrid berkuasa 199.7hp dan hibrid plug-in (PHEV) pacuan semua roda (AWD) berkuasa 280hp. Trenkuasa baharu itu, yang bakal diperkenalkan pada 2024, akan digunakan pada model Renault dalam segmen seperti kenderaan utiliti sukan (SUV).

Selain melabur dalam teknologi kenderaan elektrik dan hibrid, Renault juga merancang meningkatkan kemampuan kitar semula dengan hab ekonomi Re-Factory yang dibina di kilang Flins, Perancis. Fasiliti tersebut mampu mengitar semula hingga 120,000 unit kenderaan (termasuk kenderaan elektrik) setiap tahun.

Selain menjadi pengeluar kenderaan paling 'hijau' Eropah, Renault juga mahu jadi syarikat automotif terbaik dunia dalam menggunakan bahan kitar semula untuk pembuatan kenderaan.

BACA >>> Kelajuan Maksimum Model Renault Akan Datang Dihadkan 180kmj Sahaja
BACA >>> Renault Kangoo (2021) Serba Baharu Diperkenalkan dengan Rupa Lebih Segar

SUMBER: Autocar.co.uk

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, EV, hibrid, Luca De Meo, plug-in hybrid, Renault

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev