• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kapal Kargo Kena Tahan Sebab Berhutang, Kelasi Malang Ini Terkandas 4 Tahun

Kapal Kargo Kena Tahan Sebab Berhutang, Kelasi Malang Ini Terkandas 4 Tahun

May 7, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Mei 2017, sebuah kapal bernama MV Aman ditahan di Terusan Suez kerana ada hutang tertunggak bernilai AS$21,500 (RM88,494) yang membuatkan Ketua Jurumudi, Mohammad Aisha terperangkap atas kapal itu sejak empat tahun lalu.

Kapten MV Aman meyakinkan Mohammad, sebagai orang nombor dua paling berkuasa atas kapal itu, supaya menandatangani surat untuk bertanggungjawab terhadap hal ehwal kapal tersebut. Namun, itulah kesilapan terbesar dilakukan Aisha dalam hidupnya.

MV Aman

Situasi Mohammad semakin bertambah buruk apabila kapal itu dirampas di Pelabuhan Adabiya, Mesir. Bagi Mahkamah Mesir, Mohammad perlu bertanggungjawab menguruskan kapal yang tidak boleh bergerak itu hingga semua tuntutan selesai.

Jabatan Imigresen Mesir pula mengatakan Mohammad kekurangan kertas kerja untuk turun ke daratan. Lebih teruk, Kerajaan dari negara kelahirannya, Syria menganggap dia antara jutaan warga negara itu yang terkandas di luar sempadan negara. 

Lokasi MV Aman yan terkandas di Terusan Suez.

Kru dan ejen MV Aman mendakwa kapal itu milik Youssif bin Sanad dari Bahrain, tetapi dinafikan dalam satu panggilan telefon. Sebaliknya mengatakan dia cuma mantan pengurus komersial untuk syarikat yang sudah muflis, Tylos Shipping & Marine Services dan enggan mengulas isu berkenaan lebih lanjut.

Walaupun dunia moden sangat bergantung kepada operasi perkapalan, pekerja yang terlibat tidak diberikan perlindungan mencukupi. Memang ada Konvensyen Pekerja Maritim disokong Negara Bersatu (UN) dan ditandatangani pada 2013, tetapi mejoriti negara Timur Tengah enggan terlibat, termasuk Mesir dan Bahrain, iaitu negara di mana MV Aman berlayar.

Mohammad terpaksa berenang ke pesisir pantai untuk mendapatkan minuman dan beli makanan.

Krew kapal juga perlahan-lahan meninggalkan MV Aman selepas sedar gaji mereka tidak dibayar. Krew kapal terakhir lari pada 2019 selepas menjalankan tugas harian dan menelefon Mohammad untuk memaklumkan dia tidak akan kembali. Sejak itu, dia menjaga kapal itu sendirian.

Malah, dia juga tidak dapat menghadiri pengebumian ibunya yang meninggal dunia pada 2018 hingga membuatkan dia p.

Walaupun Mohammad kini sudah bebas daripada tekanan mahkamah dan politik, dia tidak dapat mengembalikan masa empat tahun yang disia-siakan begitu saja dan dianggapnya bagai tanah perkuburan waktu malam.

Anda tak nampak apa-apa pun. Anda tak dengar apa-apa pun. Macam duduk dalam keranda," katanya.

BACA >>> Ringkasan Kapal Selam Tentera Laut Indonesia yang Hilang Bersama 53 Krew
BACA >>> Kia Tayang K8 Serba Baharu dengan Rekabentuk Ilham Kapal Layar Mewah Termaju

SUMBER: Jalopnik

Related

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kapal Kargo, Mesir, mohammad aisha, mv aman, Terusan Suez, un, united nations, wall street journal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev