MV AGUSTA mengesahkan bakal memulakan kajian membangunkan motosikal elektrik, tahun depan dengan mensasarkan mengeluarkan produk pertama pada 2027 walaupun mungkin agak lambat jika dibandingkan pengeluar lain.
Terbaharu, pengeluar motosikal Britain, Triumph baru saja memperkenalkan supernaked elektrik konsep dinamakan TE-1, manakala Honda, KTM, Piaggio dan Yamaha sudahpun menandatangani perjanjian untuk mewujudkan konsortium bateri boleh tukar.
Ketua Pengarah Eksekutif MV Agusta, Timur Sardarov (foto atas) berkata, perancangan pengeluar yang berpangkalan di Varese, Itali itu dibuat kerana lebih banyak kajian perlu dilakukan sebelum menghasilkan produk yang sesuai dengan pelanggan jenama itu.
Berdasarkan kajian dibuat, MV Agusta masih sinonim sebagai jenama motosikal prestasi tinggi dan memerlukan masa sekurang-kurangnya lima hingga tujuh tahun lagi untuk menghasilkan produk baharu yang bersesuaian dengan DNA syarikat, prestasi, berat dan ketumpatan kuasa.
Walaupun masih belum memulakan proses pembangunan dan tidak mahu menggunakan rekabentuk motosikal sedia ada, tetapi Sardarov menyatakan motosikal elektrik pertama kelak akan siap dalam masa lima hingga enam tahun lagi.
Proses itu dapat dilakukan cepat kerana MV Agusta mempunyai nisbah tenaga kerja kejuruteraan tertinggi dalam industri.
Pada November tahun lalu, seorang pereka dari India, Rajesh Sriram pernah berkongsikan lakaran bayangan motosikal elektrik MV Agusta di media sosial yang mendapat perhatian ramai. Lihat foto di bawah:
BACA >>> MV Agusta Masuk MotoGP Sembilan Tahun Lagi
BACA >>> FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
SUMBER: Motorcyclenews.com
Leave a Reply