• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusingan U Terbesar Dunia Ada di Lebuh Raya Pergunungan China

Pusingan U Terbesar Dunia Ada di Lebuh Raya Pergunungan China

May 6, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA dilema dihadapi pengguna lebuh raya adalah terlepas susur keluar hingga terpaksa memandu lebih jauh dan keluar di plaza tol berikutnya sebelum masuk semula untuk berpatah balik. Ataupun perlu menggunakan jalan raya biasa untuk kembali ke destinasi dituju.

Di Malaysia, situasi itu menyebabkan kita perlu menanggung kos tol lebih tinggi selain merugikan masa, lebih-lebih lagi jika ada kecemasan atau hal penting lain.

Ada beberapa faktor menyebabkan pemandu terlepas susur keluar. Antaranya hilang fokus pemanduan, gangguan sistem navigasi atau kewujudan laluan baharu yang tidak diketahui. Situasi jadi lebih buruk apabila ada pemandu tidak bertanggungjawab yang tergamak memandu melawan arus untuk kembali ke laluan asal.

Bayangkan senario tersebut berlaku di lebuh raya tinggi kawasan pergunungan yang setiap susur keluar sangat jauh.

Di China, sepasukan jurutera di kawasan pergunungan wilayah Guizhou menemui penyelesaian mudah, iaitu membina laluan khas untuk pemandu melakukan pusingan U di lebuh raya. Struktur tambahan itu memang boleh menjimatkan masa pemandu yang terlepas susur keluar.

Menonton klip video di atas, lebuh raya tiga lorong itu menyediakan satu susur keluar pusingan U merentasi atas laluan lurus. Pemandu cuma perlu berada di lorong kanan (di China, lorong kanan ialah laluan perlahan) dengan mengekalkan halaju 40kmj ketika melewati pusingan U tersebut.

Struktur itu, yang dilabel sebagai pusingan U terbesar dunia, nyata memberikan banyak manfaat kepada pengguna lebuh raya. Namun, jika disalah guna, misalnya berlumba, atau memandu laju kerana memiliki selekoh yang cantik, bencana pasti menimpa.

SUMBER: Carbuzz | Xuxiaopang

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Lebuh Raya China, Lebuh Raya Guizhou, Pusingan U Terbesar Dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev