MALAYSIA muncul sebagai pasaran kelima terbesar Asean selepas mencatatkan jualan 499,719 unit motosikal sepanjang tahun lalu. 2020. Jika dibandingkan 2019, pasaran cuma menyusut 8.6 peratus.
Malaysia pernah melalui zaman industri merudum antara 2013 hingga 2016 dengan jumlah jualan motosikal menyusut kepada 170,000 unit sebelum kembali pulih dengan meraih jualan 546,813 unit pada 2019.
Pada 2020, jualan motosikal awalnya nampak positif untuk Januari dan Februari dengan kenaikan 22 peratus berbanding tahun terdahulu.
Apabila langkah mengekang penularan virus Covid-19 di Malaysia berkuat kuasa, banyak rantaian perniagaan berkaitan motosikal menerima impak negatif.
Bagaimanapun, selepas ekonomi negara mula dibuka secara berperingkat dan rakyat menerima pelbagai insentif bantuan kewangan, termasuk program i-Sinar, situasi kembali positif. Tidak dapat dinafikan langkah memindahkan wang dan insentif lain kepada pengguna banyak membantu memulihkan jualan motosikal dalam negara.
BACA >>> Jualan Automotif Asean: Indonesia, Singapura Paling Teruk, Malaysia Kurang Terjejas
YAMAHA MASIH UNGGUL
Nampaknya, dua jenama Jepun masih menguasai pasaran, Yamaha, dan disusuli pesaingnya Honda membabitkan model pemasangan tempatan (CKD) dan import (CBU) dari Thailand dan Indonesia. Kedua-dua jenama tersebut menguasai 60 peratus saiz pasaran.
Dua lagi pengeluar Jepun, Suzuki dan Kawasaki jauh ketinggalan di belakang disebabkan wujud pelbagai kemelut pengurusan yang masih belum selesai.
Dalam perkembangan lain, semakin banyak model dari China, termasuk sebilangannya dari India mula membanjiri pasaran Malaysia. Situasi berkenaan bakal mengubah trend motosikal Malaysia sekiranya mendapat sambutan pengguna.
Bagi jenama premium, KTM mengetuai saingan sebelum disusuli BMW, Harley Davidson dan Triumph. Di peringkat global pula, Malaysia berada di tangga ke-13 sebagai pasaran motosikal terbesar dunia.
BACA >>> Honda Kekal Kuasai Pasaran Motosikal Thailand, 32 Tahun Berturut-Turut!
BACA >>> Jualan Motosikal Malaysia Naik 24.5 Peratus Pada Jun Selepas Dua Bulan Merosot
Leave a Reply