• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Varian Baharu Hyundai Elantra Executive (2021) Kini di Malaysia, Harga RM139,888

Varian Baharu Hyundai Elantra Executive (2021) Kini di Malaysia, Harga RM139,888

May 4, 2021 By Shawkath Leave a Comment

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) menambah satu varian baharu Hyundai Elantra (2021), iaitu Executive yang dijual pada harga RM139,888 (untuk Semenanjung Malaysia, tanpa insurans).

Pengenalan varian baharu itu menjadikan model generasi ketujuh Elantra kini boleh didapati dalam dua pilihan, iaitu Executive dan Premium:

Berikut perincian Elantra Executive (2021):

  • Varian Executive ialah model asas yang diimport (CBU) dari Korea Selatan, dan juga lebih murah RM19,000 daripada  Premium.
  • Dijana trenkuasa petrol Smartstream G1.6 1,598cc dengan transmisi variabel pintar (IVT) 8-kelajuan yang menghasilkan kuasa 121hp @ 6,300rpm dan tork 154Nm pada 4,500rpm.
  • Ada empat mod pemanduan iaitu Smart, Comfort, Eco dan Sport.
  • Kerusi jenis fabrik hitam, dan boleh laras manual. Ruang kabin dilengkapi unit infotainment TFT LCD 4.2 inci dan kamera pandang belakang sepanjang hari Day & Night.
  • Ruang lega kepala untuk penumpang depan 1,030mm, manakala penumpang belakang 947mm. Ruang lega kaki penumpang belakang 964mm, yang juga antara terbaik dalam kelas.
  • Kapasiti but 474 liter dan kerusi belakang boleh lipat 60:40.
  • Dilengkapkan beberapa ciri bantuan pemanduan Hyundai SmartSense, seperti Amaran Pelanggaran Titik Buta (BSCW), Amaran Perlanggaran-Trafik Lintas Belakang (RCT-CW), Amaran Keluar Selamat (SEW) dan Amaran Penumpang Belakang (ROA).
  • Ciri keselamatan standard lain diberikan, ialah enam beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik, Sistem Brek Antikunci, Kawalan Brek Turun Bukit, Bantuan Kawalan Pemula Bukit, Sistem Bantuan Brek, Sistem Kawalan Traksi, Pengurusan Kestabilan Kenderaan dan Immobiliser.
  • Jaminan diberi lima tahun atau jarak perbatuan 300,000km (mana-mana tiba dulu). Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Hyundai 1-300-13- 2000 atau laman web Hyundai (www.hyundai.com.my).

BACA >>> Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
BACA >>> Hyundai Elantra (2020) Lancar di Malaysia, Harga RM158,888!
BACA >>> HSDM Tawar Dua Program Eksklusif Pelbagai Ganjaran, Penjimatan Buat Pemilik Hyundai

Hyundai Elentra 2021 -3
Hyundai Elentra 2021 -2
Hyundai Elentra 2021 -1
Hyundai Elentra 2021 -6
Hyundai Elentra 2021 -4
Hyundai Elentra 2021 -5
Hyundai Elentra 2021 -8
Hyundai Elentra 2021 -7
Hyundai Elentra 2021 -9
Hyundai Elentra 2021 -10
Hyundai Elentra 2021 -11

Related

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Elantra, Hyundai Elantra Executive (2021), Hyundai-Sime Darby Motors, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev