• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

May 12, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SITUASI pandemik Covid-19 masih lagi menyelubungi negara kita. Buat tahun kedua berturut-turut, kita masih lagi perlu beraya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa boleh melakukan sebarang aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara.

Jadi, ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman, tetapi tidak kurang juga segelintir individu yang nekad curi-curi balik kampung dengan menggunakan bermacam-macam trik dan alasan.

Biar apapun situasi anda, sama-samalah kita cuba menggembirakan diri dan keluarga sepanjang Aidilfitri ini. Salah satu cara menghiburkan hati adalah menyanyikan lagu raya. Sekarang kami senaraikan 10 lagu raya untuk anda menyanyi sekuat hati sepanjang Aidilfitri nanti.

1. Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman

Lagu ini memang sesuai sangat dengan situasi sekarang. Nak pohon maaf jarak dekat tak boleh. Jadi hanya mampu pohon dari jauh saja guna videocall atau Google Meet. Melodi pun cukup syahdu, lebih-lebih lagi apabila Sudirman memulakan rangkap lagu dengan "Dalam dingin subuhhh... haatikuu... terusikkk..."

Pehh... memang menangis terus beb! 😭

2. Pulanglah - Aisyah

Baca tajuk lagu je dah cukup buat kita sedih. Niat hati memang nak pulang beraya, tapi nak buat macam manakan? Apa mampu buat adalah... "Termenung kusendiri... Memendam rindu tidak menentuuuu..."

3. Dendang Perantau - P Ramlee

Tidak lengkap senarai lagu kita kalau tidak dimasukkan lagu legenda ini. Dengar petikan gitar masa intro lagu je dah boleh bikin kita teresak-esak. Tambahan lagi kalau 'si dia' pun ada di kampung sana.

4. Air Mata Syawal - Siti Nurhaliza

Ya, seperti judulnya, mendengar lagu ini memang benar-benar menitiskan air mata Syawal. Tambahan pula dengan suara Tokti yang mendayu-dayu. Sayuuuu wehhhh.... 😭

5. Ku Pohon Restu Ayah Ibu - Mamat Exist

Lagu ini bukan orang tak dapat balik kampung je menangis, tapi yang dapat balik kampung pun boleh berjuraian air mata juga. Maklumlah, terkenangkan dosa kepada mak ayah yang tak terkira banyaknya. Sesiapa yang tak boleh balik beraya tu, memang boleh berguling-guling sambil hentak kaki kalau dengar lagu ni.

6. Kepulangan yang Dinanti - Aman Shah

Kalau lagu di atas cerita pasal anak tak dapat balik raya, lagu ini pula menceritakan sisi kegembiraan ibu bapa apabila menyambut anak mereka pulang. Memang sebak apabila mengenangkan mak ayah di kampung sana, terutama yang perlu beraya seorangan atau hanya berdua. 😢

7. Balik Kampung - Sudirman

Lagu ini berentak rancak yang menggambarkan keterujaan hendak balik beraya. Namun, disebabkan suasana PKP yang menyebabkan ramai orang tidak dapat balik kampung, memasing boleh jadi syahdu dan sebak. Jadi apa yang boleh dilakukan adalah menjerit sekuat hati, "Balik kampunggg... OooOOo... Balik kampungggg..." sambil menitiskan air mata.

8. Senandung Hari Raya Untukmu - Dayangku Intan

Lagu ini juga catchy dan buat kita rasa ingin berjoget. Tetapi, liriknya sangat sesuai untuk orang yang tidak dapat balik beraya kerana perlu bertugas kepada negara. Lagu ini pasti mengusik jiwa buat mereka yang bertugas sebagai frontliner.

Jadi, bolehlah berjoget sambil menangis kalau lirik lagu ini kena dengan anda.

9. Salam Aidilfitri Ayah Bonda - Raihan & Hujan

Ini antara lagu raya moden yang ada fiil. Lirik lagu ini mengenang semula pengorbanan ibu bapa kita menyiapkan makanan dan berkerja keras hendak membelikan kita baju baharu. Memang buat kita sebak dan sedar betapa banyak jasa mereka yang tidak mampu kita balas. 🥲

 10. Musafir di Aidilfitri - S. Jibeng

Lagu ini sangat sesuai kepada mereka yang tidak dapat balik beraya walaupun sudah masuk kategori pemastautin dan bukan lagi musafir. Atau kepada mereka yang sudah tidak dapat balik kampung kerana ibu bapa sudah lama tiada. Mungkin yang tinggal cuma sanak-saudara, adik-beradik dan kenalan.

Melodi dan lirik lagu ini memang cukup syahdu. Dinasihatkan, janganlah cuba dengar lagu ini seorang diri, takut sedih sangat nanti.

BACA >>> Jaga-Jaga, Polis Nak Datang Beraya Kalau Nampak Banyak Kereta!
BACA >>> Jaga-Jaga, Bukan Kereta Saja, Selipar Banyak Pun Polis Akan Serbu Raya Nanti!

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: aman shah, Auto Terkini, autotainment, Covid-19, hari raya, hujan, lagu raya, mamat exist, p ramlee, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP 3.0, raihan, s jibeng, siti nurhaliza, sudirman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev