• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Akhirnya Ducati Menang dengan Miller, Quartararo Hilang Punca, Bagnaia Konsisten

Akhirnya Ducati Menang dengan Miller, Quartararo Hilang Punca, Bagnaia Konsisten

May 2, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Ducati Lenovo Team, Jack Miller mengungguli GP Sepanyol di Litar Jerez, semalam, yang juga kejuaraan pertama diraihnya selepas kali terakhir menang pada 2016.

Tempat kedua diraih rakan sepasukan, Francesco Bagnaia, manakala ketiga ialah pelumba Petronas Yamaha SRT, Francesco Morbidelli.

Kejayaan Bagnaia mendapatkan podium turut membolehkan dia merampas ranking keseluruhan setakat ini dengan mengumpul 66 mata, kelebihan dua mata berbanding pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo (64 mata) di tempat kedua.

Quartararo mulanya beraksi cemerlang dan berpotensi mendapat tempat pertama buat kali ketiga kali berturut-turut sebelum mengalami isu misteri pada pusingan ke-14 yang menyaksikan dia hanya mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13.

Sementara itu, Valentino Rossi (Petronas Yamaha SRT) pula terus menampilkan aksi hambar apabila sekadar mendapat tempat ke-17 walaupun beraksi dalam trek kegemaran sendiri. Juara dunia lapan kali, Marc Marquez (Repsol Honda) yang terjatuh ketika pusingan kelayakan pula mendapat tempat kesembilan. 

Dalam kelas Moto2, pelumba negara, Hafizh Syahrin (NTS RW Racing GP) terus menunjukkan peningkatan apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-17 biarpun bermula dari petak ke-28. Pusingan ini dimenangi Fabio Di Giannantonio (Gresini Racing) diikuti Marco Bezzecchi (Sky Racing Team VR46) dan Sam Lowes (Marc VDS).

BACA >>> Sekali Lagi Ducati Memang Laju, Tapi Quartararo Pula yang Menang!
BACA >>> Quartararo Menang Lagi! Marquez Nombor 7, Rossi Makan Tar

KEPUTUSAN GP SEPANYOL 2021

  1. Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) 41m 5.602s
  2. Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +1.912s
  3. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +2.516s
  4. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +3.206s
  5. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +4.256s
  6. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +5.164s
  7. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +5.651s
  8. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +7.161s
  9. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +10.494s
  10. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +11.776s
  11. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +14.766s
  12. Stefan Bradl GER HRC (RC213V) +17.243s
  13. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +18.907s
  14. Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +20.095s
  15. Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) +20.277s
  16. Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +20.922s
  17. Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +22.731s
  18. Tito Rabat SPA Pramac Ducati (GP21) +30.314s
  19. Lorenzo Savadori ITA Aprilia Gresini (RS-GP)* +37.912s
  20. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +38.234s
  • Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) DNF
  • Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* DNF
  • Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) DNF

* Rookie

Related

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ducati Lenovo Team, Fabio Quartararo, Hafizh Syahrin, Jerez, Johann Zarco, Petronas Yamaha SRT, Pramac Ducati, roda2, spanish gp, sukan permotoran, Valentino Rossi, Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev