• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Kereta yang Betul

#ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Kereta yang Betul

May 13, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANDU di Malaysia memang boleh buat kereta cepat kotor kerana kondisi cuaca negara kita yang panas dan hujan sepanjang tahun. Itu belum lagi ambil kira keadaan jalan yang berlubang dan tidak berturap yang meninggalkan lumpur, lecak dan debu.

Kalau kereta dibiarkan tidak dicuci, memang rupa kereta boleh bertukar jadi sungguh menyedihkan. 

Jadi, memang penting untuk kita selalu mencuci kereta, sama ada memandu ke pusat cuci atau spa kereta, dan boleh juga cuci sendiri. Kalau hendak jimat, cuci sendiri adalah cara paling bagus kerana bukan saja menyihatkan badan dengan membakar kalori, tetapi juga puas hati.

Nak cuci kereta sendiri? Mari kami kongsikan tip bagaimana cuci kereta dengan betul.

1. GUNAKAN SABUN YANG BETUL

Ada banyak jenis sabun cuci kereta di pasaran. Pilihlah yang sesuai.

Boleh guna sabun cuci pinggan untuk mencuci kereta sebagai alternatif detergen paling mudah dicari. Ini kerana sabun jenis ini mengandungi bahan kimia paling ringan dan selamat.

Elakkan guna sabun cuci pakaian, sabun mandi atau syampu rambut. Memang nampak bersih dan berkilat, tetapi kandungan bahan kimia yang kuat pada sabun tersebut dikhuatiri membuatkan warna kereta nampak kusam. Paling selamat, guna saja sabun khas untuk cuci kereta.

2. CUCI DARI ATAS KE BAWAH

Eloklah cuci dari atas ke bawah.

Antara kesalahan kerap dilakukan adalah mencuci kereta secara rawak tanpa arah tuju, ataupun fokus kepada bahagian paling kotor dulu.

Sebenarnya, cara terbaik adalah mula mencuci dari bahagian atas kereta supaya sisa kotoran dapat mengalir ke bawah. Jadi tidak perlukan cuci banyak kali pada kawasan yang sudah dibersihkan. Kerja biar efisien!

3. JANGAN TINGGAL KELENGKAPAN CUCIAN ATAS TANAH

Jika terjatuhkan kain lap atau span atas tanah ketika sedang cuci kereta, jangan terus kutip dan guna semula untuk mencuci atau mengelap. Kain itu mungkin terlekat batu kecil, atau tanah yang boleh mencalarkan permukaan badan kereta.

Cuci dulu kain tersebut, atau guna saja kain lain.

4. JANGAN BASUH BAWAH TERIK MATAHARI

Cuci kereta ketika matahari terik boleh menyebabkan sabun dan air cepat mengering.

Salah satu tip cuci kereta dengan betul adalah memastikan kereta kekal basah hingga tiba masa untuk dikeringkan. Alasan kenapa tidak digalakkan cuci kereta di bawah matahari terik adalah kerana air dan sabun boleh cepat mengering, sekali gus meninggalkan kesan seperti tompok sabun dan kotoran pada permukaan badan dan cermin kereta.

Kalau ikut cuaca Malaysia, masa paling sesuai mencuci kereta adalah 7-8 pagi atau 6-8 malam. Boleh juga cuci sebelah malam, tetapi pastikan cukup pencahayaan supaya nampak kesan kotoran pada kereta.

5. GUNA TUALA MIKROFIBER UNTUK KERINGKAN KERETA

Tuala atau kain lap biasa menggunakan fabrik kapas kasar seperti tuala mandu yang kurang elok untuk kemasan cat. Kain lap biasa juga tidak menyerap air dengan baik.

Alternatifnya, belilah kain lap jenis mikrofiber yang lebih lembut dan memiliki keupayaan menyerap air lebih baik. Kain ini boleh dibeli di kedai aksesori kereta dalam pelbagai saiz, dan boleh juga didapati di kedai runcit biasa. Tidak mahal pun, belilah banyak sikit buat stok.

BACA >>> #TahukahAnda: Palam Pencucuh Mesti Tukar Set Penuh, Bukan yang Rosak Sahaja
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Pilih Helmet yang Padan Ikut Saiz Kepala

SUMBER: KnowHowBlog

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: basuh kereta, Car Wash, tip, Tip Cuci Kereta, tip kereta, tips

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev