• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beg Udara Takata Sah Pecah - Honda Malaysia

Beg Udara Takata Sah Pecah - Honda Malaysia

September 30, 2016 By Azhan O Leave a Comment

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

beg-udara-takata-bg
HONDA Malaysia sekali lagi mengesahkan insiden letupan beg udara Takata dalam kemalangan di Johor pada 24 September lalu yang berakhir dengan kematian pemandu. Walaupun punca kematian rasmi belum lagi dikeluarkan, Honda dengan dukacita mengucapkan simpati kepada keluarga mangsa atas kesulitan yang berlaku.

Pengesahan dibuat dalam satu siasatan dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan peledak beg udara pemandu inflator meletup dalam kemalangan membabitkan sebuah Honda City keluaran 2009, baru-baru ini. Sebagai makluman, model tersebut termasuk dalam senarai panggil semula yang diumumkan pada 10 Julai tahun lalu yang memerlukan peledak beg udara pemandu ditukar baharu.

honda-city-2009

Malah, surat pemberitahuan berhubung urusan panggil balik sudah pun dihantar kepada pemilik, tetapi rekod menunjukkan proses baik pulih tidak pernah diselesaikan.

Kenderaan sama turut perlu menghadiri janji temu untuk menukar peledak beg udara penumpang depan yang diumumkan pada 23 Jun lalu. Bagaimanapun, Honda mengesahkan peledak beg udara penumpang depan itu tidak meletup apabila mengembung dan berfungsi baik ketika kemalangan berlaku.

Honda sememang sedia berhubung dengan pihak berkuasa dan wakil keluarga mangsa. Namun, tiada maklumat peribadi didedahkan sebagai tanda menghormati mereka.

BACA>>> Isu Beg Udara Takata: Honda Umum Lokasi Hab Servis Sentral & Hab Mobil, Tawar Ganti Rugi Menunggu RM50 Sehari

KEMPEN PANGGIL BALIK DITERUSKAN

Honda Malaysia sebenarnya sudah melancarkan program panggil balik untuk menukarkan peledak beg udara Takata yang diuar-uarkan menerusi siaran media, iklan, siri jelajah, panggilan peribadi dan SMS, termasuk e-mel langsung supaya setiap pemilik Honda sedia maklum mengenai kepentingan menukar produk berkenaan.

Antara aktiviti dilakukan ialah:

  • Mengirim lebih 735,400 surat kepada pelanggan terjejas.
  • Mengiklankan kempen dan mengeluarkan kenyataan media untuk memberitahu pengguna.
  • Mewujudkan satu notis di laman web syarikat, www.honda.com.my di mana carian kereta terjejas boleh dibuat dengan memasukan nombor casis (VIN).
  • Melancarkan aktiviti kempen turun padang dan siri jelajah.
  • Menghantar e-mel kepada lebih 35,800 pelanggan terjejas.
  • Menghantar SMS kepada lebih 730,000 pelanggan.
  • Berkongsi maklumat tentang panggil balik dalam majalah Honda, With Dreams.
  • Membuat panggilan telefon kepada lebih 54,000 pelanggan.

Honda Malaysia turut memperhebatkan aktiviti menggantikan peledak beg udara, termasuk menambah stok siap ada, dan meningkatkan kapasiti servis menerusi Hab Servis Sentral, Hab Mobil dan keutamaan penukaran di premis pengedar Honda.

JAMINAN STOK

Seperti diumumkan pada Ogos lalu, Honda Malaysia memberi jaminan stok 100 peratus peledak beg udara Takata. Pada 17 September lalu, lebih 157,000 unit peledak beg udara pemandu Takata bahagian pemandu sudah siap ada, iaitu 60 peratus daripada keseluruhan stok. Bagi model City, Honda Malaysia melengkapkan kira-kira 33,600 unit peledak beg udara pemandu Takata dengan kadar 66 peratus siap ditukar.

BACA >>> 7 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Tentang Isu Beg Udara Takata

Pada 27 September lalu, cawangan Utara (Pulau Pinang), Selatan (Selatan), dan Pusat (Selangor), termasuk Hab Mobil sudah menukar lebih 10,800 peledak beg udara Takata depan untuk kenderaan Honda yang terjejas sejak Ogos lalu. Jadi, setakat ini jumlah keseluruhan peledak beg udara depan Takata yang ditukar adalah lebih 211,000 unit atau 54 peratus.

Honda Malaysia masih berterusan menggesa pemilik kenderaan Honda yang terbabit dalam kempen panggil balik supaya segera menghadirkan diri ke pengedar sah Honda yang terdekat secepat mungkin. Pemilik kenderaan boleh memeriksa status panggil balik kenderaan mereka di www.productrecall.honda.com.my atau www.honda.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau kunjungi mana-mana pengedar Honda sah.

Honda Malaysia turut memberi jaminan barisan model baharu Honda tidak menggunakan peledak beg udara Takata daripada jenis sama seperti model-model yang terjejas.

Related

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Beg udara takata, Honda, Honda City 2009, Honda Malaysia, kemalangan beg udara Takata, kempen panggil balik Honda, nahas beg udara Takata, peledak beg udara Takata, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev