• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hampir Semua Pemandu Kentucky Tak Tahu Guna Roundabout!

Hampir Semua Pemandu Kentucky Tak Tahu Guna Roundabout!

April 27, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAHKAH anda menghadapi kesukaran melalui bulatan (roundabout)? Kebiasannya, masalah ini dihadapi pemandu yang baru dapat lesen, atau kurang mahir. Antara tip untuk belajar memandu di bulatan adalah melihat pemandu lain. 

Namun, lain pula cerita di Kentucky, Amerika Syarikat apabila hampir semua pemandu di situ tidak tahu cara melalui bulatan dengan betul. Jika anda lihat video dimuat naik u/EVOSexyBeast dalam laman Reddit r/IdiotsInCars di bawah ini, memang situasi agak huru-hara yang susah hendak dijelaskan.

Tujuan bulatan itu dibina untuk melancarkan aliran trafik di persimpangan yang sibuk. Pada masa sama, pihak berkuasa juga mahu mengurangkan jumlah kemalangan yang kerap berlaku di kawasan tersebut. 

Bagaimanapun, seperti yang kita dapat lihat, sesuatu infrastruktur itu akan jadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dengan betul. Agak bahaya juga cara pemandu di sana menggunakan bulatan tersebut kerana masing-masing ada tabiat tersendiri. Kebanyakannya hanya mengikut pemandu di depan yang sudah sedia melakukan kesilapan.

Sudahnya, tiada seorang pun yang betul. Malah, aliran trafik juga dilihat lebih perlahan. Rasanya, semua pemandu Kentucky kena ambil semula lesen memandu. 🤦🏻‍♂️

BACA >>> Angkara Google Maps, Pengantin Lelaki Silap Hantar Hantaran ke Rumah Orang Bertunang
BACA >>> Pemandu Hilux Rempuh Myvi Hadap Tuduhan Bunuh

SUMBER: Jalopnik

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika, AS, bulatan, kentucky, Pemandu Kentucky, Roundabout, USA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev