• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jepun Lancar Yamaha TMAX 560 (2021) Warna Baharu, Harga Mula RM48.3k

Jepun Lancar Yamaha TMAX 560 (2021) Warna Baharu, Harga Mula RM48.3k

April 27, 2021 By Aryon Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Jepun mengemas kini barisan skuter premium jenama itu dengan melancarkan TMAX 560 (2021) yang diberikan skema warna baharu dan dijual pada harga 1,419,000 yen (RM53,700) untuk varian Tech Max ABS dan 1,276,000 yen (RM48,300), ABS.

Bukan saja di Jepun, skuter ini juga cukup popular di pasaran Eropah kerana cukup selesa ditunggang selain menawarkan prestasi enjin cekap dan berprestasi.

Pastel Dark Grey (warna baharu)
Matte Greenish Grey
Matte Blueish Grey Metallic 3

Berikut spesifikasi TMAX 560 (2021):

  • Ditawarkan dalam dua varian ABS dan Tech Max ABS.
  • Warna baharu diperkenalkan, Pastel Dark Grey (kelabu) dan warna terdahulu, Matte Greenish Grey (hijau) dengan lencana krom merah untuk varian Tech Max ABS.
  • Varian ABS diberikan warna Matte Blueish Grey Metallic 3 (putih).
  • Menggunakan lampu LED penuh untuk lampun depan dan lampu belakang bentuk 'T'.
  • Berbanding TMAX 560 Tech Max ABS, varian standard, TMAX 560 ABS tiada ciri pemanas pelana, kawalan jelajah dan suspensi belakang prabeban boleh laras, manakala grip dengan fungsi pemanas dijual berasingan.
  • Visor angin TMAX 560 Tech Max ABS jenis boleh laras elektrik 135mm, manakala TMAX 560 ABS cuma laras dua tetapan dengan beza ketinggian 55mm.
  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap dwi-silinder sebaris 561cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 46hp @ 7,500rpm dan tork 56Nm @ 5,250rpm serta dipadankan transmisi automatik CVT V-belt.

  • Panel meter jenis analog untuk spidometer dan takometer, dengan skrin TFT monokrom digital 3.5 inci di tengah untuk paparan multi-info seperti bar petrol, trip perjalanan, suhu enjin dan mod tunggangan.
  • Dimensi panjang 2,2000mm, lebar 765mm dan tinggi 1,420mm, manakala jarak roda 1,575mm dan jarak lega bumi 125mm.
  • Memiliki berat 220kg, tinggi pelana 800mm dan kapasiti tangki minyak 15 liter. Ruang bawah pelana mampu memuatkan helmet muka penuh.
  • Menggunakan rim 15 inci yang dibalut tayar tiubles saiz 120/70 M/C 56H di depan dan 160/60 M/C 67H (belakang).
  • Bahagian roda menggunakan sistem brek cakera kembar di depan dan cakera tunggal belakang.

BACA >>> Yamaha UK Buka Tempahan TMAX 20th Anniversary (2021), Harga RM83.1k
BACA >>> WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!

Pastel Dark Grey (warna baharu)
Matte Greenish Grey
Matte Blueish Grey Metallic 3

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: roda2, skuter, skuter maksi, Yamaha, Yamaha Jepun, Yamaha TMAX 560 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my