• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Lagi Kereta Petrol, Diesel Honda Menjelang 2040

Tiada Lagi Kereta Petrol, Diesel Honda Menjelang 2040

April 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mendedahkan pelan menjual kenderaan sifar emisi ke pasaran dunia menjelang 2040 dengan menyertai barisan pengeluar automotif global lain yang berikrar menghentikan jualan trenkuasa berasaskan bahan api fosil seperti petrol dan diesel.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda, Toshihiro Mibe berkata, rangkaian kombinasi kenderaan elektrik (EV) dan trenkuasa berasaskan sel bahan api (fuel cell) akan menjadi pengganti produk petrol-diesel.

Toshihiro Mibe

Berikut pelan Honda di Amerika Utara dan China:

  • 2030: 40 peratus jualan kenderaan dunia menggunakan trenkuasa sifar emisi, sama ada elektrik atau sel bahan api.
  • 2040: Meningkatkan 40 peratus kadar jualan kepada 80 peratus menjelang 2035, dan seterusnya 100 peratus menjelang 2040.
  • 2050: Honda menyatakan ikrar bebas emisi karbon dalam operasi syarikat menjelang 2050.

Pelan Honda di Jepun juga hampir sama, kecuali nisbah 20 peratus kenderaan mesra alam menjelang 2040.

Mibe berkata, Honda akan cuba mencapai ‘sifar kematian akibat perlanggaran trafik’ membabitkan kenderaan buatan Honda dengan mempelajari program bantuan pemandu termaju bagi mencegah kemalangan.

Honda juga ada dua projek pembangunan model EV saiz besar dengan General Motors (GM) dari Amerika Syarikat, dijangka untuk produk Honda dan Acura yang khabarnya membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik.

Honda turut merancang membina platform EV baharu dipanggil e:Architecture untuk menghasilkan model siri baharu untuk kenderaan bebas emisi. Ini termasuk menjalankan kajian intensif dalam pembuatan bateri.

Mengenai bahan api hidrogen, Honda ada rancangan meneruskan kerjasama dengan GM yang menumpukan kepada pembuatan trak komersial dan sumber bahan api lain.

BACA >>> Toyota Bakal Bangunkan Bateri Kereta Elektrik yang Boleh Cas Penuh 10 Minit Sahaja
BACA >>> Xpeng G3 - Kereta Elektrik Cantik dari China yang Sudah Masuk Pasaran Norway

SUMBER: Cnet

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda Electric Mission, Honda Japan, Toshihiro Mibe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my