• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bagaimanakah Helmet Bantu Zarco Capai 362kmj?

#TahukahAnda: Bagaimanakah Helmet Bantu Zarco Capai 362kmj?

April 26, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA ujian pra-musim MotoGP 2021 di Losail, Qatar bulan lalu, pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco mencipta rekod baharu apabila mencatatkan kelajuan maksimum 362kmj, sekali gus memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang pelumba Ducati, Andrea Dovizioso, iaitu 356.6kmj.

Asasnya, ramai menyangka kelajuan ini disumbangkan kehebatan jentera Desmosedici GP21 ditunggang Zarco. Namun, terdapat juga aspek lain yang membolehkan pelumba Perancis itu memecahkan rekod tersebut, dan salah satunya ialah rekabentuk helmet!

Inilah helmet digunakan Zarco, Shark Race-R Pro FIM

Zarco menggunakan helmet buatan Shark UK. Menurut Pengurus Teknikal dan Perlumbaan Shark UK, Mark Eilledge, helmet tersebut direka berdasarkan hasil kajian menggunakan teknologi komputer yang dibuat sejak 2011.

Syarikat itu menggunakan pengiraan dinamik bendalir (CFD) bagi mencipta helmet versi digital untuk mendapatkan gambaran fungsi sebenar produk yang bakal dihasilkan.

Antara ciri khas helmet Shark ialah dua sirip atas helmet yang bertujuan mencipta aliran udara laminar berbanding aliran udara gelora (turbulent). Asalnya, sirip itu dibangunkan untuk memberikan lebih kestabilan kepada pelumba ketika membrek pada halaju tinggi.  Bagaimanapun, Shark menyedari ciri sirip berkenaan memberikan manfaat lain kepada pelumba dan jentera. 

Sebelum ini, udara dilihat melalui visor angin sebelum melalui helmet dan bonggol belakang pelumba. Bagaimanapun, terdapat jurang besar antara helmet dan bonggol yang boleh mengganggu aerodinamik. 

Shark bertindak menyelesaikan masalah itu dengan meletakkan sirip di belakang helmet pada 2016 untuk pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo. Hasilnya, peningkatan prestasi bertambah dengan signifikan. Apabila ujian awal dijalankan di litar Mugello, penggunaan helmet dengan sirip udara di belakang menunjukkan penambahan kelajuan hingga 4kmj.

Selepas pelbagai penambahbaikan dilakukan, Shark memutuskan mengekalkan ciri sirip aerodinamik itu pada produk helmet mereka. Pengeluar helmet itu turut melakukan pelbagai cara untuk menjadikan sirip udara lebih baik dan hasilnya dapat dilihat pada helmet Zarco!

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?
BACA >>> #TahukahAnda: Memandu Pakai Selipar (Walaupun Muslim Friendly) Boleh Kena Saman?

 

SUMBER: MotorcycleNews

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Andrea Dovizioso, Ducati Desmosedici GP21, Ducati Lenovo Team, helmet, Johann Zarco, Pramac Ducati, Shark Race-R PRO, shark uk, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev