• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW F 900 R Force Limited Edition (2021), Cuma 300 Unit untuk Perancis, Harga RM48k!

BMW F 900 R Force Limited Edition (2021), Cuma 300 Unit untuk Perancis, Harga RM48k!

April 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Perancis mengumumkan tawaran 300 unit F 900 R Limited Edition (2021) untuk pasaran tempatan dengan menampilkan rekabentuk mengambil ilham pesawat pejuang dan dijual pada harga €9,790 (RM48,670).

Produk edisi terhad itu, dipanggil F 900 R Force, diberikan seragam warna San Marino Blue (biru) dengan aksen Fluorescent Yellow (kuning) sebagai tona kontras.

Berikut perincian F 900 R Force Limited Edition (2021):

  • Menggunakan trenkuasa 4-lejang 4-injap dwi-silinder sebaris 895cc penyejukan cecair dengan sistem suntukan bahan api (FI) berkuasa 105hp @ 8,500rpm dan tork 92Nm @ 6,500rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan dengan kelajuan maksimum 216kmj.
  • Bagi pemegang lesen A2 di Eropah, output kuasa dihadkan kepada 48hp @ 6,500rpm dan tork 66Nm @ 4,500rpm dengan kelajuan maksimum 162kmj. Tetapan kuasa boleh diubah kepada normal selepas tamat lesen A2.
  • Ada beberapa komponen berbeza seperti visor angin dengan lencana R, kowl enjin berserta aksen kuning, kowl pelana dan rim aksen kuning.
  • Bahagian roda menggunakan sistem brek cakera kembar 320mm dengan kaliper radial 4-piston di depan, dan cakera tunggal kaliper piston tunggal di belakang, serta siap dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Memiliki berat basah 211kg, dan pelana boleh laras enam tetapan antara 770 dan 865mm dengan menggunakan kit pelaras disediakan. Kapasiti tangki minyak 13 liter.
  • Menggunakan panel meter digital TFT berwarna 6.5 inci dan disertakan bersama aplikasi BMW Motorrad Connectivity untuk menghubungkan telefon pintar kepada motosikal menerusi Bluetooth.

BACA >>> 7 Fakta Pantas: BMW F900XR, F900R (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM63k
BACA >>> #EICMA2019: Middleweight Ekor Kontot, BMW F900XR dan F900R (2020) Debut

SUMBER: RideApart

Related

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: BMW F 900 R Limited Edition, BMW Roadster, F 900 R Limited Edition (2021), roda2, Roda4, Supernaked

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my