HAYAT 'Kancil Lejen' yang sekali lagi tular di media sosial baru-baru ini berakhir apabila pemiliknya ditahan polis dan didapati tidak memiliki lesen memandu.
Kondisi Kancil kuning itu ketika ditemui pula adalah tiada cukai jalan, tidak berbumbung (ditutup kanvas dan kadbod), dan tayar depan sebelah kanan sudah pecah. Turut ditahan adalah sebuah lagi Kancil hijau yang tiada nombor pendaftaran dengan cermin pintu belakang sebelah kiri pecah.
Kedua-dua kereta tersebut ditahan di bawah Sesyen 64 APJ 1987 kerana tidak layak berada atas jalan raya dan membahayakan pengguna lain.
Kisah 'Kancil Lejen' kembali tular apabila tersebar di laman TikTok sebelum ditularkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam akaun Facebooknya. Beliau turut membuat laporan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandangkan kehadiran Kancil itu di jalanan sudah terlalu lama dan membahayakan pengguna lain tanpa ada sebarang tindakan dibuat.
Malah, ketidakpedulian pihak berkuasa mencetuskan tanda tanya hingga timbul desas-desus dalam kalangan netizen mengatakan 'Kancil Lejen' itu milik perisik Polis atau Kerajaan.
Bagaimanapun, identiti pemilik Kancil tersebut tidak didedahkan. Tetapi berdasarkan foto ditunjukkan, pemiliknya nampak seperti orang kurang siuman dengan rambut panjang tanpa rupa jelas, cuma pandangan dari sisi.
Fizikal pula kurus, dan tinggi serta memakai seluar pendek dengan menampakkan sosok betis langsing dan berotot seperti seseorang yang kerap berjalan dan berlari. Paling mencuri perhatian ialah dompet merah jambu. Hmmm....
Apapun semuanya sudah berakhir. Selamat tinggal 'Kancil Lejen'!
BACA >>> #Tular: Netizen Syak Pemandu 'Kancil Lejen' Perisik Polis
BACA >>> 11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta
SUMBER: Facebook JSPT KL
Leave a Reply