• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saksi Kes Tesla Terbakar Tanpa Pemandu: Mangsa Memang Nak Uji Autopilot

Saksi Kes Tesla Terbakar Tanpa Pemandu: Mangsa Memang Nak Uji Autopilot

April 22, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

376
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HASIL siasatan kes kemalangan Tesla di Texas, Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lalu menunjukkan salah seorang mangsa ialah doktor bernama William Varner yang mana identiti disahkan sendiri majikannya.

Dalam insiden malam Sabtu lalu, sebuah Tesla Model S terbakar selepas terbabas dan merempuh sebatang pokok dekat Houston, Texas, hingga menyebabkan dua penumpang maut. Menurut laporan, kedudukan mangsa ketika ditemui berada di tempat duduk penumpang depan dan belakang.

Ini mencetuskan polemik dan tanda tanya mengenai kegagalan mangsa memahami fungsi sebenar Autopilot Tesla Level 2 yang sebenarnya masih memerlukan kawalan dan pemantauan pemandu. 

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, saksi memberitahu polis, kemalangan itu berlaku tidak lama selepas mangsa meninggalkan rumah dengan memaklumkan mereka mahu menguji kemampuan pandu sendiri (Tesla Autopilot) kereta elektrik tersebut.

Polis bakal mendapatkan waran untuk memperoleh data kenderaan terbabit berikutan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk yang menyatakan data pengeluar itu menunjukkan Tesla Model S tersebut tidak berada dalam mod Autopilot.

Siasatan pasukan penyiasat pula mengesahkan tiada orang berada di kerusi pemandu. Ini mencetuskan persoalan sama ada fungsi Autopilot diaktifkan sebelum dimatikan dalam keadaan tiada orang di sebalik stereng ketika kemalangan berlaku.

Varner, 58, ialah seorang anestesiologis (pakar bius) daripada Universiti Perubatan Texas, manakala identiti seorang lagi mangsa masih belum dikenal pasti.

BACA >>> Geram Brek Tidak Fungsi, Seorang Pemilik Tesla China Protes Depan Orang Ramai
BACA >>> Lagi Kes Tesla Terbakar, Dua Maut dalam Kereta Tanpa Orang di Kerusi Pemandu

SUMBER: Autoblog

Related

376
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ADAS, Auto Terkini, autonomous driving, EV, kemalangan, level 2, Tesla, Tesla Autopilot, Tesla Level 2, Tesla Model S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev