• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!

WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!

April 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SKUTER advencer WMoto Xtreme 150i (2021) akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia tahun ini pada harga anggaran tidak lebih RM10,000, menurut MForce Bike Holdings dalam majlis buka puasa bersama media dan pratonton model baharu, malam tadi.

Model baharu itu akan mengisi ruang ruang antara skuter ES125 (118cc) dan RT3 (247cc), dijangka berada di pasaran antara Mei hingga Jun ini.

Berikut ialah spesifikasi Xtreme 150i (2021):

  • Dijana trenkuasa patuh Euro4 jenis 4-lejang 2-injap silinder tunggal 149.3cc SOHV penyejukan cecair berkuasa 12hp @ 8,500rpm dan tork 11.8Nm @ 5,000rpm.
  • Memiliki dimensi panjang 1,925mm, lebar 760mm dan tinggi 1,290mm serta jarak roda 1,320mm. Tinggi pelana 765mm, dan jarak lega bumi 180mm.
  • Skuter seberat 143kg ini menawarkan kapasiti tangki 11 liter dengan jarak perjalanan hingga 400km jika ditunggang pada halaju kira-kira 80kmj.
  • Semua lampu jenis LED. Lampu utama dipadankan bersama lampu siang (DRL) berbentuk spanar terbuka.
  • Dilengkapi ciri mula-henti (start-stop) untuk menjimatkan penggunaan petrol dan emisi karbon jika berhenti lama di lampu isyarat atau menunggang dalam kesesakan trafik bandar. Ciri ini boleh dimatikan dengan menekan butang merah pada hendal.

  • Panel meter jenis LCD digital penuh dengan latar biru dan digit putih yang memaparkan maklumat tunggangan seperti spidometer, odometer, takometer, trip perjalanan, dan bar petrol termasuk indikator amaran seperti signal belok, lampu suluh tinggi dan lain-lain.
  • Kedua-dua roda menggunakan sistem brek cakera tunggal dan dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran. Rim 14 inci dan dibalut tayar jenis semua rupa bumi (all-terrain) 100/80 di depan) dan 120/70 di belakang.
  • Ruang simpanan bawah pelana 13 liter dan disediakan dua port pengecas, USB dan soket 12v untuk mengecas telefon pintar dan peranti lain.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang yang dipasangkan condong seakan Ducati Panigale. Sudut monoshock ini membantu serapan hentakan lebih baik selain memastikan aspek keselesaan tunggangan tidak terjejas.
  • Visor angin boleh laras mengikut ketinggian dan kesesuaian penunggang semudah dua jari, serta tiada alat khas diperlukan.

Menurut MForce Bike, Xtreme 150i (2021) masih dalam proses ujian (termasuk unit dipamerkan ini) dan beberapa penambahbaikan akan dibuat sebelum pelancaran rasmi kelak.

BACA >>> Tentera Darat Terima Aset Baharu, Motocross WMoto SXR 300cc
BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

WMoto Xtreme 150i Launch5
WMoto Xtreme 150i Launch1
WMoto Xtreme 150i Launch2
WMoto Xtreme 150i Launch3
WMoto Xtreme 150i Launch4
WMoto Xtreme 150i (2021) A - 9
WMoto Xtreme 150i (2021) A - 4
WMoto Xtreme 150i (2021) A - 3
WMoto Xtreme 150i (2021) - 22
WMoto Xtreme 150i (2021) - 12
WMoto Xtreme 150i (2021) - 13
WMoto Xtreme 150i (2021) - 11
WMoto Xtreme 150i (2021) - 7

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MForce Bike Holdings, roda2, Skuter ADV, skuter adventure, Skuter adventure 150cc, WMoto, WMoto Extreme 150i (2021), WMoto Xtreme 150i

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev