ADA berita baik. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun 70 peratus bagi semua saman yang boleh dikompaun sahaja. Jika kes sudah disebut di mahkamah, maaf!
Diskaun ini sah selama 60 hari bermula 13 April lalu hingga 11 Jun 2021, melibatkan saman dikeluarkan bagi kesalahan berikut:
- Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
- Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
- Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715)
- Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya termasuk kes masih dalam tindakan senarai hitam
Diskaun pengurangan saman adalah berdasarkan kadar kompaun semasa mengikut sistem JPJ dan ditetapkan mengikut akta. Bayaran boleh dibuat di semua pejabat JPJ sama ada negeri, cawangan, UTC (Urban Transformation Centre) atau melalui kiosk dan portal JPJ (atas talian).
Jika sudah disenarai hitam, anda dipelawa ke pejabat cawangan atau negeri JPJ untuk proses pendokumentasi semula. Selepas itu, baru boleh bayar sambil berjimat. Sebelum itu, sila rujuk kaunter JPJ dulu.
Kenapa JPJ baik hati sangat berikan diskaun sampai 70 peratus? Jawapan diberikan, JPJ mahu meringankan beban orang ramai selain sempena menyambut ulang tahun JPJ yang ke-75.
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Cara Bayar Saman Guna 'MyBayar Saman', Sekarang Ada Diskaun 50 Peratus!
BACA >>> Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
SUMBER : Facebook JPJ
Leave a Reply