• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / HLYM Perkenal Warna Baharu Yamaha YZF-R15 (2021), Harga Kekal RM11.9k

HLYM Perkenal Warna Baharu Yamaha YZF-R15 (2021), Harga Kekal RM11.9k

April 19, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna Silver (perak) untuk YZF-R15 (2021) sebagai tambahan warna baharu selain dua warna sedia ada, Race Blu (biru) dan Black (hitam).

Sportbike aras mula itu kini boleh didapati dalam warna fairing perak pada fairing yang diadunkan dengan kontras hitam pada rekaan grafik dan komponen badan seperti frem dan panel sisi badan. Penampilan YZF-R15 (2021) diserlahkan lagi dengan warna rim didatangkan dalam tona kuning floresen.

Model dengan pilihan warna itu ditawarkan ke pasaran domestik bermula bulan ini (April 2021) dan setiap unit akan disertakan bersama kunci cakera Yamaha Disc Lock bernilai RM100.

Berikut ringkasan YZF-R15 (2021):

  • Harga jualan asas kekal sama, RM11,988 seunit, tidak termasuk cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans.
  • Masih menggunakan enjin silinder tunggal 4-lejang 4-injap 155.1cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi VVA berkuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.

Pengenalan warna baharu ini menjadikan R15 Malaysia sama seperti versi Indonesia. Ya, negara jiran kita sudah ada tiga warna itu sejak Januari tahun ini.

BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar YZF-R15 (2021) dengan Teknologi VVA dan Warna Baharu
BACA >>> HYLM Lancar Yamaha YZF-R25 (2021) Warna Baharu, Harga Kekal RM19,998

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Yamaah YZF-R15 (2021), Yamaha YZF-R15

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my