• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Nafi, Tidak Benar Dua Pertiga Kes Maut Motosikal Libatkan P-Hailing

Polis Nafi, Tidak Benar Dua Pertiga Kes Maut Motosikal Libatkan P-Hailing

April 19, 2021 By Shawkath Leave a Comment

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS menafikan laporan media yang mendakwa penunggang p-hailing menyumbang kepada dua pertiga kes kematian akibat kemalangan motosikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020.

Berdasarkan semakan kami, beberapa portal media didapati melaporkan berita (contoh seperti petikan di bawah ini) lebih 1,700 (dua pertiga) daripada 2,576 kes kematian membabitkan kumpulan penunggang p-hailing (perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan) seperti FoodPanda, GrabFood dan seumpamanya.

Salah satu petikan laporan media tempatan mengenai statistik kemalangan penunggang p-hailing.

Justeru Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil menyiarkan kenyataan media memaklumkan maklumat yang dilaporkan itu tidak tepat.

Apa menghairankan kami, laporan media itu memetik fakta yang dikeluarkan Menteri Pengangkutan kita sendiri, Datuk Seri Wee Ka Siong. Persoalannya, daripada mana pula beliau mendapat fakta mengenai statistik kemalangan maut melibatkan penunggang p-hailing itu? 🤔

FAKTA TEPAT

Berikut fakta yang sebetulkan mengikut statistik JSPT PDRM:

Kes Maut Motosikal
  • Pada 2019, sebanyak 3,959 kematian direkodkan melibatkan pengguna motosikal.
  • Pada 2020, penunggang motosikal merekodkan 3,118 kes kematian.
  • Perbezaan dua tahun di atas (2019 dan 2020) menyaksikan penurunan 21 peratus kes kematian.
Kes Maut Motosikal P-Hailing
  • 2019: Hanya 1 kematian dan lima kes cedera ringan direkodkan.
  • 2020: 17 kematian, 10 cedera parah dan 64 kes cedera ringan.

Dalam pada itu, JSPT meminta mana-mana pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa merujuk sumber yang benar, iaitu daripada JSPT sendiri kerana boleh menimbulkan kekeliruan.

SUMBER: Facebook JSPT

Related

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: fakta dan statistik kemalangan motosikal, Food Panda, Grab Food, P-Hailing, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my