KIA akhirnya mendedahkan imej Kia K3 (2022) serba baharu di Korea Selatan, yang juga dikenali sebagai Forte dan Cerato di pasaran lain, termasuk Malaysia.
Walaupun hanya tiga foto didedahkan, ada beberapa perubahan dapat dikesan yang membezakan model tersebut dengan versi pra-facelift sebelumnya.
Berikut ciri menarik Kia K3 (2022) serba baharu setakat ini:
- Perubahan utama dapat dilihat pada lampu depan baharu dengan lampu siang (DRL) menawan. Gril depan signatur ‘tiger-nose’ juga diubah untuk dipadankan dengan logo baharu KIA. Bampar bawah turut diperbaharui yang menyerupai sedan K5.
- Lampu belakang mengetengahkan rekaan tersendiri dengan lampu LED. Lampu undur diposisikan rendah di sudut bampar dan dipadankan kemasan plastik hitam.
- Berdasarkan foto, dapat dilihat kereta ini berwarna ‘Blue Mineral’ (biru) dan dipadankan rim dwi-tona 17 inci warna perak-hitam.
- Bahagian dalaman turut menerima pembaharuan. Unit infotainment menggunakan paparan skrin sentuh 10.25 inci. Kluster instrumen digital pun menggunakan skrin bersaiz sama, 10.25 inci. Bagaimanapun, ciri tersebut dikatakan hanya untuk varian premium.
- Sebaliknya varian aras mula atau asas dilengkapi kluster instrumen 4.2 inci dan unit infotainment 8 inci.
- Kia setakat ini masih belum mendedahkan trenkuasa akan digunakan untuk K3 (2022). Walaupun imej diberikan hanya menunjukkan model sedan, versi hatchback dikatakan akan dibekalkan ciri sama.
Memandangkan Kia kini diterajui Bermaz Auto untuk pasaran Malaysia, ada kemungkinan besar model ini akan datang untuk pasaran tempatan nanti. Sama-samalah kita tunggu.
BACA >>> Lakaran Bayangan Kia Sportage (2021) Berdasarkan Video Intip, Lancar Bulan Ini!
BACA >>> Bermaz Auto Kini Terajui Jenama Kia di Malaysia, 3 Model CKD Bakal Lancar
SUMBER: carscoops.com
Leave a Reply